web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makanan Untuk Meningkatkan Hormon Gembira Dan Meningkatkan Kualiti Hidup

“Makanan bukan sahaja menyediakan tenaga dan nutrien untuk badan tetapi juga menyihatkan jiwa kita dan meningkatkan kesejahteraan emosi.” -  Pakar Pemakanan Bertauliah, LAC Malaysia, Cynthia Jetan.

Selera Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 8:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda mulakan tahun ini dengan azam kuat untuk mengutamakan pemakanan sihat, tetapi telah tersasar? Ini adalah normal. 

Memastikan pemakanan yang berkhasiat boleh menjadi sukar, tetapi penting untuk anda melihatnya sebagai sebuah perjalanan, bukan pecutan. Akhirnya, fokus anda harus pada menyihatkan badan dan menikmati prosesnya.

"Makan dengan baik tidak bermaksud diet tidak sihat atau menafikan diri makanan yang disukai. Malah, berpegang kepada diet ketat cenderung menjadi bertentangan dengan pemakanan yang baik dan penjagaan diri," ujar Pakar Pemakanan Bertauliah di LAC Malaysia, Cynthia Jetan.

Dia turut menekankan betapa pentingnya menjaga hubungan positif dengan makanan. 

"Ini bermaksud memberi diri anda kebenaran untuk makan makanan yang membuat anda rasa baik secara fizikal dan mental, dengan kuantiti yang sederhana.

“Makanan bukan sahaja menyediakan tenaga dan nutrien untuk badan tetapi juga menyihatkan jiwa kita dan meningkatkan kesejahteraan emosi," jelasnya.

Cynthia mencadangkan lima makanan untuk meningkatkan hormon gembira dan mampu meningkatkan kualiti hidup. 

1. Coklat

Coklat dapat merembeskan hormon serotonin dan endorfin, ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi. Selain itu, ia juga memperbaiki aliran darah ke jantung dan otak, meningkatkan tumpuan kerana antioksidan.

Coklat pahit yang berwarna hitam antara yang terbaik kerana belum dicampur zat tambahan lain. Sekeping coklat pahit mempunyai 70 hingga 85 peratus koko, mengandungi 11 gram serat, 67 peratus zat besi, 58 peratus magnesium, 98 peratus mangan, kalium dan fosforus.

2. Pisang 

Buah pisang mengandungi tryptophan, penting untuk penghasilan serotonin dan melatonin untuk mengatur waktu tidur dan mood. 

3. Ikan Kembung

Sumber protein yang baik, kaya dengan asid lemak Omega-3 untuk menyokong kesihatan otak dan mengatur mood anda. Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam perkembangan sel-sel badan.

4. Biji Labu

Merupakan bijirin yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti zink, magnesium, potassium, selenium, kalsium, besi, asid amino, vitamin E, vitamin K dan banyak lagi. 

Biji labu juga kaya dengan kompaun yang dikenali sebagai fitosterol dan anti oksidan bebas radikal yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang lain.

Kandungan L-tritofan dalam biji labu memperbaiki mood dan baik untuk mereka yang sedang mengalami tekanan.

5. Teh Hijau Atau Hitam 

Teh menciptakan perasaan bahagia yang meningkatkan mood serta membuat anda tersenyum. Ini kerana kandungan L-theanine yang ada padanya dapat menimbulkan perasaan bahagia  dan memicu dopamine serta hormon serotonin di dalam otak. 

Bagaimanapun, untuk kesihatan fizikal dan mental secara menyeluruh, penting untuk anda ketahui bahawa bukan satu aspek sahaja yang perlu anda fokuskan. Ini kerana badan berfungsi sebagai sistem yang kompleks. Anda juga perlu kekal aktif.

Satu lagi faktor yang perlu diambil kira terutamanya jika menjalani kehidupan di bandar-bandar besar ialah, pendedahan kepada tahap radikal bebas yang tinggi yang membawa kepada tekanan oksidatif dalam badan. 

Ketidakseimbangan ini boleh merosakkan sel DNA, mempercepatkan penuaan, dan menyumbang kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, dan kanser. Oleh itu, anda mungkin ingin mempertimbangkan suplemen untuk mengisi kekurangan nutrisi dan menyokong kesejahteraan  secara keseluruhan.

Salah satu pilihan suplemen ini adalah LAC MASQUELIER’S® French Pine Bark Extract with Original OPCs, dipenuhi dengan nutrien dan antioksidan yang terdapat dalam Kulit Kayu Pain Perancis dan Biji Anggur, memberikan tubuh anda OPC (Oligomeric Proanthocyanidin Complexes), untuk meningkatkan sistem imun, memperbaiki vitaliti, dan meningkatkan kesihatan keseluruhan anda.OPC biasanya sukar didapati dari makanan harian, menjadikannya mencabar untuk memenuhi keperluan antioksidan badan. 

LAC MASQUELIER’S® French Pine Bark Extract with Original OPCs menawarkan penyelesaian mudah, memastikan anda menerima antioksidan yang diperlukan untuk melambatkan penuaan dan mengekalkan awet muda. 

Sifat anti-radang dan antioksidannya juga boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat dengan mengurangkan pengumpulan lemak dan tekanan oksidatif. 

Dengan menggabungkannya dalam diet anda, anda bukan sahaja menyasarkan hanya satu aspek kesihatan tetapi menyokongnya secara keseluruhan. - Getaran, 2 Julai 2024

Foto : Unsplash / LAC

Berita Berkaitan

1

Selera 1 minggu yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

2

Selera 3 minggu yang lalu

5 Nasi Lemak Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup

3

Selera 1 bulan yang lalu

4 Lokasi Selera Di Menara Hap Seng 3 Untuk Pengalaman Gastronomi Hebat

4

Selera 1 bulan yang lalu

3 Kafe Yang Mesti Dikunjungi Jika Ke Shah Alam

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Journify Platform Perjalanan Dan Gaya Hidup Jimat Untuk Si Kaki Travel

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

9 Daripada 10 Rakyat Malaysia Alami Insomnia, Mungkin Tilam Adalah Puncanya 

Salah satu cara untuk mendapatkan tidur lena dan berkualiti ialah, dapatkan tilam selesa yang benar-benar sesuai dengan anda

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Masjid Sri Sendayan Anjur Kuliah Dr Omar Suleiman 

Kuliah yang bakal berlangsung pada 9 Julai hadapan akan membawa tajuk ‘The Type of Community Allah Loves’

oleh Wartawan Getaran