web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Nasi Lemak Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup

Sebagai warganegara Malaysia, berikut adalah lima pilihan nasi lemak yang mesti anda cuba

Selera Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 8:23AM

Nasi Lemak Tanglin yang memikat selera - Gambar IG @nasilemaktanglin1948

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Populariti nasi lemak dalam kalangan rakyat Malaysia tidak perlu dinafikan. Kalau tidak, masakan hidangan yang asalnya disediakan untuk sarapan pagi ini telah menjadi menu pada bila-bila masa. 

Dari gerai tepi jalan, hinggalah ke kafe hotel berbintang lima. Daripada nasi berlaukkan ikan bilis, kacang, telur, sambal dan timun, kini nasi lemak meriah dengan pelbagai lauk-pauk yang memikat selera. 

Aroma nasi bersantan ini bukan sahaja menjadi igauan rakyat tempatan, malah ia juga sohor dalam kalangan pelancong atau pengembara yang pernah menjejakkan kaki ke negara ini.

Sebagai warganegara Malaysia, berikut adalah lima pilihan nasi lemak yang mesti anda cuba:

1. Nasi Lemak CIAST

Foto : IG @shamakemaros

Kenapa ia dinamakan Nasi Lemak CIAST? Ini kerana ia terletak berhampiran Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) yang terletak di Seksyen 19.

Dibuka setiap hari, nasi lemak ini mempunyai pengikut setia yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan menu sarapan pagi ini terutamanya pada hujung minggu. 

Antara kelebihan ataupun penyebab ia menjadi pilihan ramai adalah rasa nasi lemaknya yang bersantan, serta sambalnya yang memikat. 

Selain itu ada banyak pilihan lauk seperti ayam masak merah, ayam goreng, paru berlada, sambal sotong dan sambal kerang. Walaupun ia adalah gerai di tepi jalan, namun ia punya pilihan tempat duduk jika anda tidak mahu bungkus dan bawa pulang.

Harga nasi lemak di sini bermula pada RM2.00 untuk yang biasa dan lain-lain lauk tidak melebihi RM10.

Nasi Lemak CIAST beroperasi pada setiap hari bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengahari dari Selasa hingga hingga Ahad, kecuali Isnin. Ia juga dibuka pada sebelah malam dari 7 malam hingga ke 10.00 malam pada setiap hari. 

2. Nasi Lemak Bumbung

Foto : IG @yeopengseng

Kedai ini menyajikan hidangan nasi lemak cara mamak dan menu paling popular di sini ialah nasi lemak ayam goréng. Bukan ayam goreng berempah. 

Suatu ketika dahulu, Nasi Lemak Bumbung beroperasi sehingga jam 4 pagi, tapi kini waktu operasinya berubah dari jam 4 petang hinggalah ke tengah malam. Penduduk Petaling Jaya memang suka singgah ke sini untuk sepinggan nasi lemak kerana saiz hidangannya besar, tetapi tidak membebankan poket (sesuai dengan namanya).

Selain itu, ramai juga yang jatuh cinta dengan rasa nasi yang bersantan serta sambalnya yang pedas dan manis. Bagaimanapun, kesedapan nasi lemak ini sebenarnya terletak pada telur mata kerbau yang cair dan juga ayam goreng yang ranggup di luar dan berjus di dalam. 

Selain beroperasi di Jalan 21/11b, Sea Park, Petaling Jaya, Nasi Lemak Bumbung juga telah membuka cawangan baharu di Kampung Tunku, SS1, Petaling Jaya, di mana ia menawarkan tempat duduk yang lebih selesa. 

Untuk anda yang tinggal di luar Lembah Klang dan ingin ke kedai ini pada hujung minggu, pastikan anda punya kesabaran untuk menunggu. Ini kerana kebiasaannya ia sesak pada waktu-waktu begini. 

3. Nasi Lemak Jambatan Tamparuli

Foto : IG @tamparuli_nasi_lemak

Menurut pemilik perniagaan ini, Ustaz Mohd Ali Jainneh, gelaran Nasi Lemak Jambatan Tamparuli tercetus daripada salah seorang pelanggannya yang menyifatkan barisan panjang pelanggan di gerainya umpama jambatan.

Memandangkan dia berasal dari Sabah, nama Jambatan Tamparuli diangkat sebagai jenama nasi lemaknya itu. Satu lagi fakta yang anda patut tahu, nasi lemak ini asalnya bukan dijual di Sabah, tetapi  di Kuching, Sarawak pada 2016. 

Kemudian, ia berpindah ke Seksyen 18, Shah Alam dek tuntutan tugas pemiliknya. Dari situ, Nasi Lemak Jambatan Tamparuli terus membina nama, terutamanya di kalangan mereka yang bangun awal pagi untuk ke tempat kerja. 

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli ini menjadi popular kerana nasinya yang beraroma, dan ayam goreng berempah yang lazat. Sambalnya juga menepati selera, tidak terlalu pedas, masin atau manis. Secukup rasa.

Selain ayam goreng berempah, terdapat lagi lauk-lauk lain yang boleh dijadikan pilihan seperti sambal sotong, kerang, rendang daging dan bilis petai.

Tentang harga, tidak perlu risau kerana pemilik awal-awal sudah mengatakan dia berniaga bukan semata-mata untuk keuntungan, tetapi dalam masa sama juga ingin memberi kepada masyarakat. 

Kini Nasi Lemak Jambatan Tamparuli turut dibuka di Seksyen 13, Shah Alam untuk operasi sebelah malam. 

Cawangan ini beroperasi dari jam 5 petang hingga 10.30 malam, pada setiap hari, kecuali Ahad. Kalau di Sekyen 18, dari jam 6 pagi hingga 10.30 pagi pada setiap hari, kecuali Isnin. 

4. Nasi Lemak Tanglin

Foto : IG @nasilemaktanglin1948

Warga Kuala Lumpur sepatutnya tahu dengan nasi lemak jenama ini. Ini kerana ia mula beroperasi sebelum merdeka lagi iaitu pada 1948. Kalau dulu nasi lemak yang berusia 76 tahun ini hanya boleh dinikmati di Medan Selera Tanglin, kini sudah ada beberapa cawangan lain yang boleh dikunjungi seperti Tanglin Bukit Damansara, Tanglin Food Truck TTDI dan Tanglin Damansara Uptown. 

Antara pilihan lauk yang ada disini ialah sambal sotong, paru goreng, rendang daging dan banyak lagi.

Tarikan atau bintang utama yang mengheret ramai pencinta nasi lemak untuk menjamu selera dengan nasi lemak ini ialah sambal tumisnya yang mempunyai rasa yang seimbang. Tidak terlalu pedas atau manis. 

Untuk yang pertama kali ingin mencuba, anda disarankan memesan lauk limpa berlada, sambal kerang dan daging kuah hitam. 

Sambal sotongnya juga sedap kerana terdapat campuran kacang tanah untuk memekatkan kuahnya. Untuk lengkapkan hidangan, jangan lupa pesan secawan teh kaw dan roti bakar. 

Nasi Lemak Tanglin di Jalan Cenderasari, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur beroperasi dari Isnin hingga Ahad, dari jam 7 pagi hingga 12.30 tengahari. 

5. Nasi Lemak Burung Hantu

Foto : IG @nasilemakburunghantu

Nasi lemak yang menjadi bualan ramai ketika ini, walaupun ramai yang berpendapat bahawa Nasi Lemak Burung Hantu ini hanya untuk golongan T20.  

Tapi, sesekali apalah salahnya mencuba hidangan bualan ramai ini. Berbaloi juga kerana nasi lemak ini dikomersialkan pada tahap lebih tinggi. Menggunakan beras basmathi, kos menjamu selera di sini boleh mencecah ratusan ringgit untuk empat orang. Namun, ia bergantung kepada jenis lauk-pauk yang dipilih. 

Jika pesan sotong, udang, kerang, ayam goreng berempah untuk dua bungkus harganya akan mencecah lebih RM80. Jadi, pandai-pandailah pesan mengikut bajet. 

Kalau tak pasti tentang harga, boleh tanya pelayan restoran yang ramah-tamah. Sama seperti nasi-nasi lemak yang lain, sambal nasi lemak ini di sini juga menepati selesa si pencinta nasi lemak. Menu paling popular ialah nasi lemak ayam berempah. 

Nasi Lemak Burung Hantu kini beroperasi di empat cawangan. Dua di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Cawangan ketiga terletak di Hartamas, Kuala Lumpur dan yang keempat di Jalan 222, Petaling Jaya. 

Waktu operasi pula berbeza-beza mengikut cawangan. Jadi boleh rujuk akaun media sosial mereka. - Getaran,  8 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selera 5 hari yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

2

Selera 1 bulan yang lalu

4 Lokasi Selera Di Menara Hap Seng 3 Untuk Pengalaman Gastronomi Hebat

3

Selera 1 bulan yang lalu

3 Kafe Yang Mesti Dikunjungi Jika Ke Shah Alam

4

Selera 1 bulan yang lalu

Seleksi Menu Makan Tengah Hari Oleh Chef Bali Di Grand Hyatt KL

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 22 jam yang lalu

Program Pengurusan Berat Badan Diperibadikan Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

oleh Rahayu MN