web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

Tarikh untuk menghadap Sultan Sharafuddin hanya akan diadakan selepas 7 Julai.

Sukan Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 1:36PM

Presiden FAM Hamidin Mohd Amin.  – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akhirnya berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.  

Hamidin dipetik The Star sebagai berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani petang semalam.

“Saya telah mendapat panggilan telefon daripada Datuk Munir kira-kira jam 2.30 petang Jumaat, iaitu sehari selepas saya menghantar warkah memohon perkenan menghadap Tuanku Sultan Selangor.

“Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan beliau (Datuk Munir) untuk menerima permohonan menghadap selepas menerima warkah yang saya utuskan ke Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada tengah hari Khamis lalu,” katanya.

Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata, tarikh untuk menghadap Sultan Sharafuddin hanya akan diadakan selepas 7 Julai.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang, berkemungkinan tarikh untuk menghadap Tuanku Sultan Selangor hanya akan diadakan selepas 7 Julai depan, sekembalinya baginda berangkat pulang dari Sarawak dan selesai urusan dan majlis rasmi yang perlu dihadiri baginda," katanya.

Semalam, media melaporkan Hamidin masih belum menerima perkenan Sultan Sharafuddin untuk menghadap baginda berkait kemelut membabitkan pasukan Selangor FC.

Rabu lalu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa kecewa dan amat dukacita terhadap denda yang dikenakan ke atas Selangor FC kerana tidak beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu.

Selangor menarik diri daripada perlawanan Liga Super merangkap Piala Sumbangsih lima hari selepas pemain sayap mereka, Faisal Halim disimbah asid di Damansara Jaya.

Berikutan ketidakhadiran mereka, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan JDT tiga mata dan pada Selasa, MFL sebulat suara memutuskan denda RM100,000 yang akan didermakan kepada pertubuhan amal.

Di samping itu Selangor FC  juga dikehendaki membayar pampasan kepada JDT dan MFL untuk kerugian kewangan akibat pengunduran mereka.

Selain denda tersebut, mata yang diperolehi Selangor FC dalam saingan Liga Super musim ini turut dipotong tiga mata.

Sultan Sharafuddin Idris Shah. – Gambar BERNAMA
Sultan Sharafuddin Idris Shah. – Gambar BERNAMA

Sultan Sharafuddin yang juga penaung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), turut meluahkan rasa kecewa dan dukacita terhadap Hamidin kerana tidak bersuara dalam perkara tersebut. Untuk rekod, Hamidin merupakan bekas setiausaha agung FAS dari 1995 hingga 2013.

“Beta berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan,” titah baginda menerusi Facebook rasmi Royal Selangor Office pada Rabu.

Sultan Sharafuddin juga bertitah tidak teragak-agak menarik pasukan Selangor FC keluar dari Liga Super sekiranya baginda menjadi sebahagian daripada FAS dan kepimpinan pasukan. 

Susulan itu, MFL pada Khamis memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap Selangor FC sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor Sultan.

MFL dalam satu kenyataan berkata, denda terhadap Selangor FC dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000 manakala pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 juga dibatalkan.

MFL turut membatalkan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut dibatalkan.

Namun bayaran pampasan kerugian yang perlu dibayar kepada pasukan JDT dan MFL dikekalkan.– Getaran, 29 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

2

Sukan 3 hari yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

3

Sukan 3 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

4

Sukan 5 hari yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu