web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 4:13PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Akaun Telegram milik saluran Edisi Siasat kembali hangat selepas pengendalinya memuat naik dua keping foto semalam.

Foto berkenaan didakwa sebagai kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mati dibunuh Disember tahun lalu.

Dakwa pengendali akaun itu, foto berkenaan diambil ketika sesi bedah siasat.

Saluran berkenaan sebelum ini pernah menggemparkan negara selepas menyebarkan laporan didakwa sebagai hasil soal siasat ke atas ibu bapa mangsa.

Laporan berkenaan dimuat naik selepas ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Susulan itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyekat penyebaran maklumat yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autisme itu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam.

Polis mengesahkan kanak kanak autisme itu mati dibunuh selepas  hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut selain telinganya digunting.

Pada 12 Jun lepas, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pasangan berusia 29 tahun itu ditahan pada 31 Mei lalu di Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari. - Getaran, 30 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukit Aman Siasat Dakwaan Fakta Kes Zayyan Rayyan Bocor Bawah OSA 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

MCMC Diarah Sekat Penyebaran Maklumat Tak Sahih Kes Zayn Rayyan - Shuhaily

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Semakin Mendebarkan, Datuk, Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Semakin Hangat, Siapa Agaknya Pembunuh Zayn Rayyan?

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 10 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad