web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Kafe Yang Mesti Dikunjungi Jika Ke Shah Alam

Seandainya anda punya rencana ke Shah Alam, cubalah singgah ke kafe berikut untuk menjamu selera

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 8:55PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal sebagai bandar perindustrian suatu ketika dahulu, membuatkan bandar ini  tidak begitu digemari oleh warga Lembah Klang untuk bermastautin. Namun seiring dengan peredaran zaman, Shah Alam yang bertaraf bandaraya ini semakin mendapat tempat di hati warga kota. 

Selain banyak projek perumahan yang didirikan, terdapat banyak juga tempat makan yang boleh dijadikan pilihan untuk menjamu selera. Ada banyak gerai, restoran dan kafe yang menjanjikan pengalaman kulinari yang memikat selera.

Jadi, seandainya anda punya rencana ke Shah Alam, atau anda memang sudah menetap di sini, cubalah singgah ke kafe berikut untuk menjamu selera. Kafe-kafe yang disenaraikan ini memang popular di kalangan pencinta makanan.

1. The Third Letter, Bukit Jelutong
Foto : thethirdlettercafe

Di buka dari jam 11 pagi hingga 9 malam, kafe ini yang mula beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu ini cukup popular di kalangan penggemar pastri, kek dan pasta untuk makan tengah hari di Shah Alam. 

Kafe ini bukan sahaja menjanjikan hidangan menyelerakan, tetapi turut tampil dengan dekorasi menarik. Moden dan segar. Jika suka bergambar, pastikan anda berpakaian cantik. Boleh kongsikan di akaun sosial media nanti.

Belacan Seafood Olio
Belacan Seafood Olio

Antara menu utama yang mesti dicuba Belacan Seafood Olio, TTL Lamb Pasta, dan Big Breakfast. Untuk pilihan kek, cubalah Red Velvet, Pistachio Raspberry, Raspberry Dark Chocolate, dan Laychee Rose. 

Pistachio Raspberry Cake
Pistachio Raspberry Cake

Selain untuk dine-in kafe ini juga menyediakan servis penghantaran untuk semua menu. 

2. La Carne by Kopimeo, Seksyen 9
Foto : @kopimeo_x_lacarne

Kafe yang satu ini adalah kesinambungan daripada kewujudan Kopi Meo yang merupakan cetusan idea daripada pasangan suami isteri Meor dan Leena yang pernah berkelana di bumi Melbourne, Australia. 

Gulai Lemak Udang Pasta
Gulai Lemak Udang Pasta

Mula mencipta nama dengan di kalangan penggemar kopi dan pemanis mulut di Shah Alam menerusi kopi Meo, kini ia berkembang menjadi sebuah kafe western-fusion yang dikenali sebagai La Carne by Kopimeo. 

Grilled Spring Chicken
Grilled Spring Chicken

Kafe ini sesuai dikunjungi oleh geng-geng bangun pagi yang gemarkan sarapan pagi sihat bersama secawan kopi hangat. Terletak di Seksyen 9, La Carne by Kopimeo dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 7.30 malam pada setiap hari, kecuali Jumaat.

 Espresso Crème Brûlée French Toast
Espresso Crème Brûlée French Toast

Menu yang mesti dicuba ialah Gulai Lemak Udang Pasta, Espresso Crème Brûlée French Toast dan grilled spring chicken.

3) Hulu Cafe, Seksyen 13

Kafe yang semakin mendapat perhatian warga Seksyen 13, Shah Alam. Ini merupakan cawangan keduanya selepas cawangan pertamanya di Bukit Raja, Klang mendapat sambutan baik. Mungkin kerana itulah, cawangan Shah Alam ini sentiasa penuh jika dikunjungi pada hujung minggu.

Sama seperti kebanyakan kafe lain, Hulu Cafe tidak ketinggalan menyediakan pelbagai jenis kopi, pemanis mulut dan pasta untuk memuaskan selera pengunjung. 

Penggemar matcha atau teh hijau, anda mesti datang ke sini! Sebabnya, mereka mempunyai croisant teh hijau yang terbaik, iaitu Matcha Noir Croisant. Bukan dijadikan inti, tetapi dihidangkan dengan krim matcha yang enak berkrim 

Selain itu, ada banyak lagi pilihan hidangan matcha yang sukar dilepaskan. Memang kecur liur dan sukar membuat pilihan. Minuman Matcha mesti cuba ialah Hulu Signature Matcha, Hulu Matcha Misu, dan juga Hulu Coma-O Classic yang merupalan campuran kopi dan matcha. 

Hulu Cafe dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 1 pagi, dan buat masa ini tiada tempahan meja dibenarkan memandangkan kafe sentiasa sibuk. - Getaran, 20 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selera 5 hari yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

2

Selera 3 minggu yang lalu

5 Nasi Lemak Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup

3

Selera 1 bulan yang lalu

4 Lokasi Selera Di Menara Hap Seng 3 Untuk Pengalaman Gastronomi Hebat

4

Selera 1 bulan yang lalu

Seleksi Menu Makan Tengah Hari Oleh Chef Bali Di Grand Hyatt KL

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 22 jam yang lalu

Program Pengurusan Berat Badan Diperibadikan Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

oleh Rahayu MN