web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 9:39PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi, bermula tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan menggangu kuota pelajar Bumiputera sedia ada.

Beliau berkata perincian mengenai keputusan berani kerajaan itu dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar dan pada masa sama memberi keadilan di dalam sistem pendidikan negara akan dimaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek esok.

Keputusan berani ini tidak memberi gambaran seolah-olah kita dah selesaikan masalah keadilan di dalam pendidikan, harus ada kesediaan daripada kementerian, sektor swasta, badan bukan kerajaan, sarjana dan akademia untuk menerima kenyataan bahawa banyak lagi perlu dilakukan dalam menjamin peluang anak-anak (terutama) miskin bandar, desa atau pedalaman.

"(Namun) kita harap ini (bantu) selesai satu masalah dan kita tidak mahu teruskan (dijadikan) isu kaum lagi," katanya ketika menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Anwar berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan negara serta memastikan sistem kuota bumiputera dan prinsip meritokrasi untuk manfaat semua pelajar terpelihara.

"Dengan cara ini saya harap meleraikan satu masalah sementara, dengan harapan supaya semangat perpaduan dalam kalangan kaum ini dapat dipupuk tanpa ada elemen kecil yang terus menghasut dan menanam bibit permusuhan.

"Rundingan inilah yang kita galakkan. Saya bicara supaya anak-anak muda harus faham. Penyelesaiannya bukan menanam kebencian atau menunjukkan permusuhan tetapi penyelesaiannya dengan semangat ehsan dan kasih sayang," katanya.

Menurut portal Kementerian Pendidikan, program matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 sebagai program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Mengenai NTW 2024, Anwar berkata kesempatan itu harus digunakan oleh pelajar sekolah, universiti dan mereka yang sudah bekerja untuk mendapatkan latihan dalam pelbagai bidang secara percuma bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Perdana Menteri berkata generasi muda harus membuat 'pecutan' dengan meneroka ilmu tinggi baharu dalam era pascanormal yang menuntut tindakan dan kerja yang berbeza lebih-lebih lagi Malaysia kini destinasi industri semikonduktor global.

"Perubahan teknologi berlaku terlalu pantas, kalau kita tertangguh dua tahun, kita akan tertinggal 10 tahun.

"Cabaran bagi anak-anak muda kini ialah perolehan ilmu, yang sebahagian besar tidak boleh diperolehi di sekolah atau universiti, jadi bila ada kesempatan ini gunakanlah sebaiknya," katanya sambil menambah tiada negara lain yang memberi latihan percuma secara besar-besaran melibatkan pihak swasta.

Minggu Latihan Kebangsaan 2024 dianjurkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berlangsung di seluruh negara sejak 24 Jun lepas manakala penganjuran di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula semalam dan berakhir hari ini.

NTW 2024 bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Sukan 19 jam yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris