web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

Semasa Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 2:01PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kuota Bumiputera di bawah program matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan diubah.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin status kuota kaum Melayu dan penduduk asli Sabah serta Sarawak.

"(Kuota tidak berubah) Walaupun semalam diumumkan pelajar yang memperoleh 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijamin mendapat tempat dalam mana-mana program matrikulasi tanpa mengira kaum atau lokaliti," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan untuk membuka peluang matrikulasi kepada semua pelajar terbaik SPM tanpa mengira bangsa adalah bagi mengurangkan ketegangan dalam sistem pendidikan.

"Sistem kuota Bumiputera ada kalanya menimbulkan kontroversi, jadi Kabinet memutuskan untuk mengambil pendekatan seimbang. Jika mereka rakyat kita, kita patut mengambil berat terhadap mereka.

"Langkah ini sepatutnya meredakan ‘ketegangan’ yang dihadapi KPM hampir setiap tahun. Iklim politik yang panas sebegini kadangkala boleh menyebabkan ketegangan kaum dan sosial," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kuota Bumiputera perlu dikekalkan kerana ia telah lama dikaitkan dengan Perkara 153 dan menjamin masa depan kaum Melayu dan Bumiputera.

Ia juga berperanan untuk mengelakkan sebarang ketidakseimbangan.

Anwar menambah, butiran lanjut akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak lama lagi.

"Meritokrasi tidak seharusnya menjadi ideologi yang tegar. Jika ia berterusan, siapa yang akan mewakili golongan yang kurang bernasib baik?

"Sebagai kerajaan Madani, kita mesti berbelas kasihan. Mahukan negara ini maju bermakna kita perlu menjunjung bentuk meritokrasi yang terbaik, di mana mereka yang berkebolehan dan cerdas digalakkan.

"Tetapi pada masa sama, kita tidak boleh melupakan golongan miskin dan terpinggir," katanya. – Getaran, 1 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad