web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Lokasi Selera Di Menara Hap Seng 3 Untuk Pengalaman Gastronomi Hebat

Mercu tanda Hap Seng memperkenalkan destinasi gastronomi di tengah kota Kuala Lumpur yang menghimpunkan beberapa jenama restoran terbaik

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 9:59AM

Asador menawarkan hidangan gril yang cukup memikat selera

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menara Hap Seng 3 yang tersergam indah di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur ternyata punya tarikan yang mungkin tidak disedari ramai.

Selain menampilkan reka bentuk terkemuka yang dibangunkan oleh SOM, firma seni bina Amerika yang terkenal di dunia, menara ini juga menjanjikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa kepada pencinta makanan yang mendambakan sesuatu yang hebat.

Terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses, penambahan terbaharu kepada Plaza Hap Seng itu memperkenalkan empat restoran eksklusif baru-baru ini, sekali gus mengangkat kedudukannya sebagai destinasi santapan istimewa di Kuala Lumpur.

Andai kata anda punya urusan di Kuala Lumpur dan mahu mengelak trafik ketika waktu puncak, bolehlah bawa diri ke menara ini untuk menjamu selera terlebih dahulu. Lapangkan fikiran, gembirakan hati dengan hidangan yang memikat selera sebelum pulang merehatkan diri. 

Berikut adalah empat pilihan restoran yang boleh dijadikan pilihan:

1. Sushi Masa 

Sushi Masa oleh Ishibashi ini membawakan pengalaman sushi ala Edomae asli dari daerah Ginza, Tokyo ke Kuala Lumpur. Dipimpin oleh Cef bintang Michelin Masakazu Ishibashi, Sushi Masa menawarkan perjalanan ke tengah-tengah tradisi kulinari Jepun. 

Sebagai salah sebuah restoran di bawah Curate Group, Sushi Masa mencerminkan semangat dan keazaman kumpulan itu terhadap budaya kulinari Jepun. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, boleh pilih tempat duduk di hadapan kaunter dan saksikan cef menyediakan sushi dari mula hingga ke akhirnya. 

Bahan-bahan yang digunakan adalah premium dan sudah tentu nikmatnya tidak mungkin boleh didapati di restoran sushi yang lain, sesuai dengan pengiktirafan yang diperolehi. 

2. NIKU29 

NIKU29 merupakan salah satu penambahan terbaharu dalam senarai restoran eksklusif milik Curate Group. Menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan, NIKU29 layak dimasukkan ke dalam senarai restoran Jepun yang mesti dicuba.

Menetapkan standard baharu untuk pengalaman Yakiniku, NIKU29 menggabungkan pilihan daging premium yang disahkan halal dari Jepun dan Australia dengan perkhidmatan terbaik dalam suasana moden lagi anggun. 

Beef Yukke salah satu menu yang mesti anda cuba. Dengan limpahan kuning telur  berkrim dan sentuhan kaviar premium, nikmati sensasi rasa yang menggiurkan. 

Begitu juga dengan kepingan wagyu yang tersedia, setiap suapan hadir dengan kepuasan yang menggembirakan. 

3. Skillet KL

Mula beroperasi pada 2015, Skillet KL pada asalnya beroperasi di Jalan Perak sebelum berpindah ke Menara Hap Seng 3.  

Ia menawarkan hidangan moden Eropah dengan tumpuan kepada bahan ramuan bermusim dan perisa berinovasi.

Dipimpin oleh Cef Eksekutif Raymond Tham, pengasas bersama dan cef eksekutif Burnt & Co. and Beta KL, ia satu-satunya restoran di Malaysia yang dianugerahkan dengan bintang Michelin pada 2023.

Skillet KL menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan dalam suasana urban kontemporari. Lokasi yang sempurna untuk meraikan sesuatu yang istimewa.

Paling penting anda tidak akan jemu kerana menunya bertukar pada setiap tiga bulan mengikut musim di luar negara. 

4. Asador V 

Sebagai lanjutan kepada restoran Vantador The Dry Aged Steak Boutique yang terletak di Hartamas, Asador V bersedia untuk menyediakan hidangan yang memuaskan selera penggemar hidangan gril. 

Menampilkan menu lazat stik ‘dry-aged’ premium dan koleksi makanan laut menyelerakan yang dipanggang di atas api, hidangan dan hiasan dalaman Asador V pasti memukau para tetamu, bagaikan tidak percaya Malaysia mempunyai lokasi selera yang cukup mempesona.  

Apabila dikombinasikan dengan kelazatan setiap hidangan, tidak mustahil anda akan terus kembali ke sini. Jangan bimbang tentang status halal daging kerana setiap daging yang dihidangkan di sini mempunyai sijil halal. 

Untuk maklumat tambahan, Menara Hap Seng 3 juga akan disambungkan dengan projek hospitaliti terbaru Hap Seng, iaitu Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang dijadualkan dibuka pada hujung tahun ini. 

Ini bermakna, tetamu hotel punya pilihan menjamu selera yang lebih banyak apabila bermalam di hotel ini. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Menara Hap Seng 3 dan destinasi kulinari eksklusifnya, sila kunjungi laman sesawang Plaza Hap Seng  dan akaun Instagram. - Getaran, 25 Mei 2024

Foto : Good & Honest Communications

Berita Berkaitan

1

Selera 5 hari yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

2

Selera 3 minggu yang lalu

5 Nasi Lemak Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup

3

Selera 1 bulan yang lalu

3 Kafe Yang Mesti Dikunjungi Jika Ke Shah Alam

4

Selera 1 bulan yang lalu

Seleksi Menu Makan Tengah Hari Oleh Chef Bali Di Grand Hyatt KL

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 22 jam yang lalu

Program Pengurusan Berat Badan Diperibadikan Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

oleh Rahayu MN