web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 8:09AM

Gambar MFL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) meletakkan sebelah kaki ke perlawanan separuh akhir Piala FA 2024/2025 musim ini apabila membelasah pasukan Liga A1, Malaysia University 5-0 dalam pertemuan ssuku akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, semalam.

Malaysian University yang menjadi tuan rumah dan meminta bermain di gelanggang keramat JDT itu ketinggalan seawal minit kedua selepas pemain pertahanan kiri, La'vere Lawrence Corbin Ong menyambut hantaran Muhammad Syahmi Safari untuk meledak gol pembuka tirai.

Skuad kendalian Hector Pablo Bidoglio berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-38 menerusi sepakan percuma namun gagal dimantaatkan pemain tengah Safig Rahim apabila rembatannya terkena tiang.

Babak kedua menyaksikan JDT terus meningkatkan intensiti permainan, sekali gus menambah derita skuad bimbingan Mohd Farid Dewan selepas pemain import Francisco De Oliveira Geraldes mencuri tumpuan dengan meledak dua gol masing-masing pada minit ke-48 dan ke-61.

Pemain pertahanan Shahrul Mond Saad meneruskan pesta gol Harimau Selatan apabila beliau yang tidak dikawal, menanduk gol keempat 10 minit kemudian, manakala penyerang naturalisasi Romel Morales mudah menolak masuk hantaran leret dari sebelah kiri oleh Corbin Ong untuk gol kelima pada minit ke-80.

Impian Malaysian University untuk sekurang-kurangnya membawa satu gol ke perlawanan timbal balik JDT SSI pada 5 Julai ini tidak kesampaian selepas jaringan pemain sayap Mohd Alief Najmi Mohd Radzi pada minit ke-84, dibatalkan susulan ofsaid dan kedudukan tersebut kekal sehingga tiupan wisel penamat.

Sementara itu, Kuching City FC memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri untuk mengejutkan juara lima kali Selangor FC 2-1 di Stadium Negeri, kuching.

Bagaimanapun, Selangor kendalian Nidzam Jamil membuka jaringan apabila penyerang dari Chile, Ronnie Fernandez memanfaatkan situasi kelam kabut di depan pintu untuk mewaskan penjaga gol Kuching FC, Shahril Saari pada minit ke-31.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kuching City berjaya menyamakan kedudukan menerusi tonggak pertahanan dari Nigeria, James Okwuosa yang pantas menyambar bola muntah penjaga gol Samuel Somerville selepas gagal menampan kemas tandukan penyerang Jordan Mintah pada minit keenam masa kecederaan babak pertama.

Mintah muncul wira pasukannya apabila pemain berusia 28 tahun itu menghukum kealpaan pemain pertahanan Selangor Sharul Nazeem Zulpakar yang mendada bola ke arah Somerville sebelum dihidu penyerang dari Ghana itu untuk gol kemenangan pada minit ke-64.

Kemenangan dilakar skuad kendalian Aidil Sharin Sahak pastinya memberi sedikit tonik buat mereka yang bakal berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk aksi timbal balik 6 Julai ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Terbuka Indonesia: 2 Beregu Negara Ke Separuh Akhir, Zi Jia Kandas

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Peluang Harimau Malaya Cipta Sejarah Semakin Tipis

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 8 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar