web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terbuka Indonesia: 2 Beregu Negara Ke Separuh Akhir, Zi Jia Kandas

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 9:10AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Dua gandingan beregu negara menempah slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 manakala dua lagi pasangan beregu dan dua pemain perseorangan negara terkandas.

Dalam aksi di Istora Senayan itu, beregu campuran profesional negara yang berkedudukan pada nombor 21 dunia Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan mudah menumpaskan pilihan kelapan kejohanan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan 21-8 dan 21-19.

"Set pertama sukar tapi kita ambil kesempatan mengutip mata. Pada set kedua dapat saingan hebat sebab mereka sudah dapat rentak. Kita fokus teruskan momentum esok (hari ini)," kata Tan ketika ditemui media selepas perlawanan.

Pada separuh akhir, mereka akan berdepan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China, pasangan nombor lima dunia yang menang ke atas beregu senegara Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-17, 11-21 dan 21-16.

Beregu lelaki dan pasangan nombor 20 dunia Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 21-17, 18-21, 21-10 dan akan bertemu pasangan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zi Jia gagal ke separuh akhir selepas tumpas kepada Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.

Zil Jia terpaksa akur dengan ketangkasan juara dunia 2023 itu apabila mudah ditundukkan 16-21 dan 17-21 dalam tempoh 53 minit.

"Keputusan tadi sememangnya mengecewakan. Kunlavut mempunyai pertahanan yang baik dan sukar untuk mengalahkannya," kata Zii Jia yang mahu segera melupakan perlawanan itu dan fokus kepada Terbuka Australia.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao turut ditunjukkan jalan pulang apabila tewas kepada juara Sukan Asia Li Shi Feng dari China 11-21 dan 12-21.

Beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah turut menamatkan saingan di kejohanan berkenaan setelah tewas kepada lawan masing-masing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Terbuka Indonesia : Impian Beregu Lelaki Negara Lebur Di Tangan Juara Asia 

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Peluang Harimau Malaya Cipta Sejarah Semakin Tipis

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Anugerah SAM: Nur Ain Nabilah-Aleena Cipta Sejarah, Liek Hou Kekal Penguasaan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Sukan 3 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 1 jam yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran