web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 9:42AM

Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengasas PKR, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan PKR menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, Syed Husin dimasukkan ke hospital pada 18 Jun lalu dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal serta tidak sedarkan diri sejak 26 Jun lalu.

“Saya baru terima perkhabaran sedih yang Dr Syed Husin Ali, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

"Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lepas. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu," katanya. 

Jelas Fahmi, Syed Husin banyak berjasa kepada parti dan rakyat dan ia diterjemahkan menerusi penerbitan banyak buku termasuk “Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara” yang mengisahkan pengalamannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta ‘Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN’.

Tambah beliau, Allahyarham juga banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air.

"Saya sendiri pernah membantu kempen Allahyarham pada PRU 2004 waktu beliau bertanding di PJ Selatan.

"Dr Syed seorang yang pandangannya cukup dihormati dalam parti dan sering menjadi rujukan para pimpinan. Beliau seorang penyabar, lemah lembut, tegas dalam bab disiplin, dan banyak menyampaikan nasihat termasuk kepada diri saya sendiri.

"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman," katanya. 

Syed Husin dilahirkan di Batu Pahat pada 23 Sept 1936.

Semasa hayatnya, Syed Husin dilantik sebagai timbalan presiden PKR susulan penggabungan Parti Rakyat Malaysia, di mana beliau adalah presiden, dan Parti Keadilan Nasional pada 2003 serta pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara

Allahyarham pernah ditahan di bawah ISA selama enam tahun bermula 1974 ketika masih bergelar Profesor Madya di Universiti Malaya atas kelantangannya memperjuangkan isu kemiskinan petani Baling, Kedah.

Jenazah Allahyarham dijangka disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku pagi ini, sebelum disemadikan di Kota Damansara. – Getaran, 29 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 3 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 14 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 13 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight