web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Sukan Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 8:37AM

Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) semalam mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam kelmarin.

NSFC dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kejadian berlaku ketika pemain itu sedang berseorangan.

"Insiden berkenaan mengakibatkan Junco kerugian harta benda, namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat," menurut kenyataan itu.

NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti itu dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Dalam kenyataan sama, NSFC turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain itu dalam keadaan sukar.

Terdahulu, insiden itu dikongsi pemain kelahiran Sepanyol itu menerusi Instagram Story dengan memaparkan kecederaan ringan dialami di bahagian leher selain turut menyebabkan beliau kehilangan rantai emas. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

4

Sukan 1 minggu yang lalu

KL City Belasah NSFC 3-0

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 9 jam yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar