web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anugerah SAM: Nur Ain Nabilah-Aleena Cipta Sejarah, Liek Hou Kekal Penguasaan

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 8:11AM

Barisan pemenang bergambar bersama Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (dua, kiri) - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gandingan boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi-Aleena Ahmad Nawawi mencipta sejarah apabila muncul wakil boling padang memenangi Anugerah Atlet Terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) -100PLUS 2023 di sini, malam tadi.

Mereka mengatasi dua bintang skuasy negara S. Sivasangari dan Ng Eain Yow, atlet wushu Wong Weng Soon serta juara tenpin boling dunia Natasha Mohamed Roslan.

September lepas, Nur Ain Nabilah-Aleena mencipta sensasi menamatkan kemarau 15 tahun tanpa pingat emas buat Malaysia pada aksi final pairs wanita pada Kejohanan Boling Padang Wanita 2023 dengan menewaskan wakil Malta, Rebecca Rixon-Connie Rixon, 15-12 di di Gold Coast, Australia.

Aleena mengakui mereka amat terharu menjadi wakil pertama sukan boling padang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik tahun lepas.

"Kejayaan hari ini sangat bermakna kami tersenarai dalam Anugerah SAM dan pecah rekod muncul atlet pertama boling padang menang Anugerah Atlet Terbaik," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, juara Sukan Paralimpik 2020, Cheah Liek Hou mempertahankan gelaran Atlet Para Terbaik dengan menumpaskan calon lain iaitu jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dan atlet boccia Noor Askuzaimey Mat Salim.

Liek Hou berkata beliau amat bangga dapat mengekalkan penguasaannya dalam kategori tersebut dan optimis kejayaan hari ini membakar semangatnya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik bagi kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada edisi 2024 di Paris.

"Kemenangan ini hadir kerana saya dapat menampilkan prestasi bagus, condition dan memenangi beberapa kejohanan tahun 2023," katanya.

Antara pencapaian diraih Liek Hou dalam acara perseorangan tahun lepas adalah meraih emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol, Kejohanan Para Brazil dan Kejohanan Para Antarabangsa England.

Gandingan Nur Ain Nabilah-Aleena dan Liek Hou masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada majlis tahunan itu di sebuah hotel di sini.

Majlis turut menghargai wartawan sukan tanah air dengan menyaksikan laporan berita 'Tandus Pelapis' terbitan Harian Metro dihasilkan Firdaus Hashim, Aida Adilah Mat dan Amirul Fazli Zulkafli diangkat sebagai pemenang Anugerah Siebel.

Mereka membawa pulang hadiah wang kemenangan berjumlah RM7,000 dan sebuah trofi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 1 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

4

Sukan 2 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi