web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2024 6:21PM

Muhammad Shah Firdaus Sahrom - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia khususnya peminat dan penyokong acara sukan diminta bersikap lebih rasional dan menjaga nama baik negara, khususnya di alam maya.

Pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menerusi hantaran di Instagram berkata, atlet negara yang bertanding di pentas antarabangsa amat menjaga nama baik Malaysia dari segenap aspek.

Impian Mohd Shah Firdaus untuk meraih pingat acara Keirin berakhir semalam - Gambar OCM
Impian Mohd Shah Firdaus untuk meraih pingat acara Keirin berakhir semalam - Gambar OCM

Menurut beliau, apa sahaja insiden yang berlaku di gelanggang ketika bertarung dengan atlet lain tidak seharusnya diheret menjadi isu peribadi. 

“Saya berharap warga Malaysia yang menyokong dan menonton acara-acara sukan, apatah lagi di pentas sebesar ini untuk turut menjaga nama baik negara. 

“Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi. Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga,” katanya.

Menerusi hantaran sama, pelumba negara itu mengakui dunianya seakan gelap apabila peluang menghadirkan pingat buat negara kandas di penghujung jalan. 

“Bagi saya, dunia rasanya terhenti seketika. Berat, payah, perit untuk saya hadam. Rasanya seakan semua harapan, perit jerih, susah payah saya sejak hari pertama hancur lebur, sedangkan ia sudah terbuka luas untuk digapai. 

“Pada situasi itu, sukar untuk saya rasionalkan semua yang berlaku. Namun, sebagai Muslim kita perlu redha atas semua ketentuan. Kita merancang, Allah merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang,” katanya. 

Shah Firdaus ketika dilanggar pelumba Jepun - Gambar BERNAMA
Shah Firdaus ketika dilanggar pelumba Jepun - Gambar BERNAMA

Jelas Shah Firdaus, manusia sebagai hanya memohon dan berusaha dengan pengetahuan yang terbatas, sedangkan Allah SWT merancang dgn ilmuNya yang maha luas.

“Untuk semua doa, sokongan dan semangat kalian, saya dengan rendah hati, mengucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih kerana selalu menjadi kekuatan di belakang saya. Semoga Allah membalas yang lebih baik buat semua.

“Terima kasih juga buat KBS (Kementerian Belia dan Sukan), OCM (Majlis Olimpik Malaysia), MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Insititut Sukan Negara) dan atas khidmat sokongan. Tidak dilupakan juga buat Kerajaan Negeri Johor dan MSNJ (Majlis Sukan Negeri Johor) yang selalu menjadi tulang belakang saya sepanjang karier,” katanya.

Permata negara kelahiran Muar itu pada hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan juga pasukan berbasikal trek Malaysia yang telah dianggapnya sebagai keluarga. 

“Segala jatuh bangun saya, kalianlah yang sentiasa di sisi. Terima kasih untuk seluruh kasih sayang dan pengorbanan.

“Terima kasih Malaysia. Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah SWT,” katanya.

Turut terjatuh dalam perlanggaran itu ialah pelumba Britain - Gambar BERNAMA
Turut terjatuh dalam perlanggaran itu ialah pelumba Britain - Gambar BERNAMA

Pada acara akhir Keirin Lelaki semalam, impian Shah Firdaus hampir menjadi realisasi apabila berada di kedudukan ketiga dengan perlumbaan memasuki lebih kurang 25 meter terakhir.

Harapan tersebut bagaimanapun berkecai dalam masa yang begitu pantas selepas dilanggar oleh pelumba Jepun Shinji Nakano yang mengakibatkan dirinya dan pelumba Great Britain, Jack Carlin terjatuh.

Walaupun mengalami kecederaan ringan selepas diseret beberapa meter, pelumba yang digelar sebagai 'Shah The Terminator' itu tetap bangun dan menolak basikalnya ke garisan penamat untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Namun, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, beliau disingkirkan ke tempat keenam kerana memasuki laluan pelumba Jepun itu. - Getaran, 12 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

3

Sukan 2 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 3 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok