web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pengakuan CEO GISBH Sedang Disiasat - KPN

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2024 7:13PM

Razarudin Husain - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat pengakuan dibuat Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali, dalam sebuah video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini, fokus akan diberikan terlebih dahulu kepada siasatan yang sedang dilakukan ke atas dakwaan eksploitasi kanak-kanak melibatkan rumah amal dipercayai milik syarikat berkenaan.

"Kita akan selesaikan siasatan berkenaan ekploitasi kanak-kanak itu dahulu, kemudian barulah kita akan fikirkan mengenai dakwaan berkenaan pemimpin syarikat itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dalam sebuah video, Nasiruddin mengesahkan sememangnya dakwaan liwat terhadap kanak-kanak di rumah amal itu berlaku.

Pada Rabu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu rumah amal terbabit yang terletak sekitar Selangor dan Negeri Sembilan serta menyelamatkan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur lingkungan setahun hingga 17 tahun.

Mengenai perkembangan siasatan ke atas rumah amal itu, Razarudin berkata polis sedang giat mengesan keberadaan ibu bapa kanak-kanak yang telah diselamatkan, bagi dirakam percakapan dalam usaha melengkapkan siasatan.

Beliau berkata setakat semalam, seramai 483 individu tela dirakam percakapan terdiri daripada pengadu, saksi, mangsa dan suspek.

"Seramai 384 kanak-kanak juga telah selesai saringan kesihatan setakat semalam dan dapatan saringan tersebut ialah terdapat ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan," katanya.

Beliau berkata polis juga masih menyiasat jika ada kanak-kanak lain diliwat, selain 13 kanak-kanak yang didakwa telah menjadi mangsa sebelum ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok