web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sukan Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2024 8:13AM

Pemain KL City FC Jovan Motika (dua, kiri) menjaringkan gol sambil diasak tiga pemain Kedah Darul Aman FC ketika perlawanan Liga Super 2024 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

KDA FC yang menurunkan masing-masing lima pemain bawah (B)-23 dan B-20 tahun dalam kesebelasan utama selepas pemain utama pasukan itu dilaporkan memboikot latihan kerana isu tunggakan gaji, ternyata bukan tandingan buat KL City.

Skuad 'The City Boys' membuka jaringan menerusi pemain import dari Bosnia dan Herzegovina, Jovan Motika pada minit ke-14.

Josue yang juga kapten pasukan menanduk masuk gol kedua pada minit ke-23 untuk menggandakan jaringan manakala pemain tengah Zhafri Yahya melengkapkan sepakan percuma tiga minit kemudian.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah meneruskan pesta gol apabila ledakan kaki kiri Josue ke kanan gawang gagal diselamatkan penjaga gol muda Muhammad Hafizy Mohd Hajazy pada minit ke-49.

Penyerang naturalisasi kelahiran Brazil itu kemudian melengkapkan hatriknya selepas menyempurnakan lorongan Motiva, juga menerusi sepakan kaki kiri pada minit ke-58 untuk menghiburkan 1,180 penonton yang hadir.

Sebelum ini, ketua jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain berkata beliau akan menurunkan barisan pemain muda kerana pemain daripada skuad utama tidak menghadiri sesi latihan sejak beberapa hari lepas dipercayai akibat isu tunggakan gaji selama beberapa bulan.

Sementara itu, Perak FC berjaya mencatatkan kemenangan ketiga musim ini selepas mengatasi Negeri Sembilan FC (NSFC) 1-0 menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Clayton Da Silveira Da Silva pada minit ke-47 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Pemain Negeri Sembilan FC Zainal Abidin Jamil (kanan) bersaing dengan pemain Perak FC Luciano Guaycochea (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. – Gambar BERNAMA
Pemain Negeri Sembilan FC Zainal Abidin Jamil (kanan) bersaing dengan pemain Perak FC Luciano Guaycochea (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. – Gambar BERNAMA

Perak hampir menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti oleh kapten Luciano Guaycochea namun berjaya ditampan penjaga gol Muhammad Aqil Abdul Razak pada minit ke-65.

Skuad Seladang diberikan penalti selepas Mohamad Izzuddin Mohd Roslan mengasari pemain pertahanan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar pada minit ke-63.

Perak melonjak ke kedudukan kelapan dengan sembilan mata selepas lapan aksi, diikuti KL City dan KDA FC di kedudukan kesembilan dan ke-10, masing-masing dengan lapan mata tetapi dibezakan dengan perbezaan gol manakala NSFC berada di tangga ke-12 dengan empat mata. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: Selangor Naik Tangga Kedua, Kijang Emas Raih Kemenangan Sulung

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 14 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad