web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2024 8:05AM

Dr Zaliha Mustafa berkata KLFA dan KL City FC merupakan badan yang berdiri sendiri tanpa sebarang ikatan separa formal dengan DBKL dan beroperasi secara bebas. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memiliki sebarang kewajipan untuk menyalurkan peruntukan kewangan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Mengesahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, tiada sebarang obligasi untuk DBKL berbuat demikian walaupun ia merupakan amalan kebiasaan sebelum ini.

Menurut beliau, KLFA dan KL City FC merupakan badan yang berdiri sendiri tanpa sebarang ikatan separa formal dengan DBKL dan beroperasi secara bebas.

“Penjelasan ini adalah merujuk kepada kenyataan oleh Saudara Khalid Samad yang memohon agar 0.5 peratus daripada jumlah pendapatan DBKL dapat disalurkan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

“Perlu diingatkan bahawa hasil pendapatan DBKL sebahagian besarnya datang dari cukai yang dibayar oleh rakyat,” katanya.

Tegas Dr Zaliha, adalah menjadi tanggungjawab DBKL untuk memastikan bahawa wang cukai rakyat ini digunakan dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran semua warga kota.

“Walau bagaimanapun, DBKL sentiasa bersedia membantu dan saya benar-benar menghargai usaha-usaha KLFA dan KL City FC dalam memajukan sukan bola sepak di Kuala Lumpur.

“Saya turut berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan selama ini serta melihat potensi besar dan masa depan yang cemerlang bagi pasukan KL City FC,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Semasa 2 minggu yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

3

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 5 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad