web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

Sukan Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 5:29PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC berkemungkinan terpaksa 'tutup kedai' sekiranya isu tunggakan gaji pemain tidak menemui jalan noktah, kata bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Samad.

Beliau berkata isu tersebut jika tidak ditangani bakal bertambah buruk buat KL City apabila terpaksa kehilangan satu persatu pemain tonggak utama kelab itu yang tidak tahan dengan situasi sedang melanda.

"Situasi 'tutup kedai' itu mungkin berlaku kalau kita tidak tangani perkara ini. Kesian kepada pemain-pemain ini kerana bermain tanpa gaji. Pemain pun hilang semangat bahkan sebelum ini saya hilang Bojan Hodak (bekas ketua jurulatih), Kevin Mendoza, Romel Morales serta Akram Mahinan.

"Jika perkara ini berterusan, lambat-laun KL City tiada pemain. Kalau Paulo Josue (pemain penyerang) dah mula mengeluh, apatah lagi yang lain yang masih bersabar," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Josue yang baru-baru ini kembali bersuara mengenai masalah tunggakan gaji tujuh bulan dialaminya.

Khalid yang meletak jawatan selaku Presiden KLFA pada Mac lepas mendedahkan permainan politik di dalam pengurusan kelab itu turut membuatkan dia terpaksa mengorbankan jawatan demi melihat pasukan pernah berada di bawah naungannya itu meraih keadilan.

"Seperti sedia maklum, pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat penukaran jadual Liga Malaysia musim ini, maka tiga bulan terawal, tiada perlawanan atau latihan.

"Keadaan ini mencabar dan merumitkan keadaan bagi membayar gaji para pemain yang tertunggak pada tiga bulan terakhir tahun lalu dan kita telah mendapat amaran daripada MFL," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata wang sebanyak RM3 juta telah diterima bagi menyelesaikan masalah gaji tertunggak (tiga bulan terakhir tahun lepas) selepas peletakan jawatannya sebelum ini.

"Namun, sekarang satu sen pun tidak dapat lagi kerana seseorang yang diingini untuk menjadi Presiden masih belum naik," katanya.

Disebabkan keadaan itu, KL City kini menanggung semula masalah tunggakan gaji selama tiga bulan iaitu bermula April tahun ini.

Tiada masalah gaji sepatutnya berlaku pada Januari, Februari dan Mac kerana itu merupakan tempoh di luar musim liga. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Kemahiran Individu Dan Benteng Pertahanan Kunci Kejayaan JDT, Kata Jurulatih

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 11 jam yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

Semasa 1 hari yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan