web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2024 9:36AM

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menegaskan kerajaan perlu ambil perhatian terhadap isu pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu campur tangan dalam isu pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini supaya penduduk yang diarah mengosongkan kediaman berhak mendapat pampasan sewajarnya.

Kecewa dengan isu tersebut, bekas Menteri Wilayah Persekutuan,  Khalid Abdul Samad berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus mengambil berat nasib yang menimpa penduduk.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Shah Alam berkata, pemilik tanah yang membantah projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sepatutnya diberi jumlah pampasan seperti dipersetujui.

"Kami sudah mengadakan beberapa sidang media dan menghantar surat kepada kerajaan tetapi sehingga kini masih belum terima sebarang jawapan.

"Kami mahu supaya kerajaan campur tangan dan bantu penduduk dapatkan pampasan yang sewajarnya," katanya.

Menurut Khalid, pemaju telah menawarkan pampasan antara RM1,500 and RM1,800 kaki persegi, selain pampasan dalam bentuk hartanah bernilai sekitar RM1.02 juta kepada mereka yang bersetuju dengan syarat ditetapkan.

Penduduk yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan semula pula hanya menerima RM450 hingga RM600 sekaki persegi, tambah beliau.

"Jumlah ini jauh lebih rendah daripada nilai tanah Penempatan Pertanian Melayu di Kampung Baru, iaitu antara RM650 dan RM850 yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,” katanya.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru itu membabitkan 67 unit rumah teres dan lapan blok pangsapuri atau 264 unit rumah flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di atas tanah seluas 5.23 hektar milik Perbadanan Kemajuan Kampung Baru (PKB). 

Proses pengambilan tanah bermula sejak 2016 dengan persetujuan 260 penduduk tetapi projek tersebut tidak dapat diteruskan apabila 37 penduduk rumah teres tidak bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan. 

Pertikaian ini mendorong pemaju menggunakan kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mendapatkan tanah tersebut.

Pada April tahun lalu, The Malaysian Insight melaporkan penduduk flat PKNS di Kampung Sungai Baru enggan berpindah dan menuntut pampasan lebih tinggi daripada RM250,000 yang ditawarkan bagi setiap isi rumah di lokasi utama bernilai tinggi berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas.

Walaupun dijanjikan hartanah bernilai tinggi, 38 pemilik unit flat dan 71 lagi pemilik rumah teres enggan menerima perjanjian itu kerana pemaju gagal memberikan dokumen rasmi untuk menyokong tuntutannya. 

Kerajaan Madani Perlu Campur Tangan

Mengulas lanjut, Khalid berkata kerajaan boleh campur tangan untuk meminta pemaju menaikkan jumlah pampasan kepada penduduk yang menolak perjanjian tersebut.

"Kerajaan berpendapat ia tidak boleh campur tangan kerana projek ini akan diteruskan, tetapi saya tidak bersetuju dengan alasan ini.

"Kerajaan ada kuasa, lainlah kalau tiada kuasa. Kerajaan boleh campur tangan supaya pemaju beri pampasan yang sewajarnya.

"Jumlah yang penduduk dapat terlalu rendah, tidak sampai RM200,000, bagaimana mereka hendak beli rumah baru? Manakala pemaju akan kaut untung berjuta-juta ringgit," jelasnya.

Salah Guna Kuasa

Pemimpin Amanah itu juga berkata beliau mengesyaki berlaku salah guna kuasa dalam isu ini, malah beliau mempersoalkan mengapa pembangkang hanya membisu.

"Saya percaya ada unsur salah guna kuasa dalam hal ini. Saya harap kerajaan ambil perhatian dan selesaikan isu ini.

"Kerajaan MADANI tidak boleh menutup mata," katanya.

Pada Disember 2022, pemaju dilaporkan telah membayar antara RM800,000 dan RM3 juta sebagai pampasan kepada pemilik rumah teres.

Tahun lepas, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) mengeluarkan arahan untuk mengosongkan tanah itu menjelang 5 Oktober, jika gagal tindakan undang-undang akan diambil. – Getaran, 7 Ogos, 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan MADANI Rakam Takziah Kepada Keluarga Abdul Taib, Rakyat Sarawak - PM

4

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Suri Rumah Ukir Potret Pemimpin Negara Pada Tembikai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 5 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad