web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kerajaan Sarawak Digesa Kemuka Pecahan Kos Projek ART

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2024 9:23AM

Trem ART. – Gambar Sarawak Metro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Senator Abun Sui Anyit telah meminta kerajaan negeri Sarawak mengemukakan pecahan kos projek Autonomous Rapid Transit (ART) yang dianggarkan menelan kos RM6 bilion.

Pemimpin PKR Sarawak itu berkata, sesuatu projek yang menelan perbelanjaan besar harus memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri itu.

"Kami boleh terima jika projek ini memberi manfaat kepada seluruh Sarawak. Bagaimanapun, projek ART ini hanya melibatkan kawasan Kuching-Serian, dan mungkin akan dilanjutkan ke Samarahan.

"Membelanjakan wang yang begitu besar hanya untuk satu projek di kawasan kecil adalah tidak adil kepada baki 3 juta penduduk Sarawak," katan Abun.

Kenyataan beliau itu menyusuli kebimbangan yang disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong dari DAP tiga hari lalu, berkenaan projek ART yang menelas kos RM6 bilion.

Beliau ingin tahu mengapa kerajaan negeri membayar jumlah wang yang sangat tinggi kepada pengeluar dari China untuk membina trem berkuasa hidrogen bagi projek itu.

Yong juga mendakwa pengeluar China tersebut telah berhenti menghasilkan trem seumpamanya di negara itu disebabkan kos yang tinggi untuk menghasilkan bahan bakar hidrogen. 

"Tetapi Sarawak bertegas mahu projek projek itu diteruskan. Kerajaan negeri membelanjakan wang pembayar cukai untuk melaksanakan projek ART dengan kos sehingga RM6 bilion.

“Kita membayar sebuah syarikat China untuk mengeluarkan kenderaan untuk Sarawak, tetapi syarikat tersebut telah menghentikan pengeluaran untuk pasaran China disebabkan faktor kos kerana bahan api hidrogen sangat mahal untuk dihasilkan, seperti yang berlaku di seluruh dunia.

"Mengapa kerajaan negeri Sarawak berkeras untuk meneruskan projek ini apabila begitu banyak wang akan digunakan? Jumlah wang yang besar itu sepatutnya digunakan untuk membaik pulih jalan raya, jambatan, sekolah, dan klinik yang berada dalam keadaan buruk di daerah-daerah luar bandar," kata Yong dalam satu kenyataan. 

Semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lalu, Yong berkata hampir RM2.5 bilion telah dibelanjakan hanya untuk kerja-kerja asas bagi laluan trem di Bandaraya Kuching.

Beliau menuntut kerajaan negeri mengemukakan pecahan kos projek bagi projek ART itu, yang disifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Rakyat perlu tahu rasional di sebalik keputusan kerajaan negeri membelanjakan jumlah wang yang begitu besar, katanya.

Menurut Yong, berdasarkan maklumat yang beliau perolehi, jumlah keseluruhan kontrak bagi Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Pakej 1 dan Pakej 2 ialah RM1.873 bilion.

Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan melibatkan kerja-kerja infrastruktur seperti kontrak RM568.61 juta diberikan untuk pembinaan dan penyiapan kerja-kerja infrastruktur Blue Line Pakej 1, katanya.

Yong selain itu meminta kerajaan negeri mengemukakan kos berkaitan KUTS Pakej 1 termasuk pembelian 38 unit ART berkuasa hidrogen. – Getaran, 14 September, 2024


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 14 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad