web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2024 2:28PM

Mohamad Faisal Abdul Halim memakai topeng muka berwarna hitam bagi melindungi bekas luka simbahan asid yang dalam proses untuk sembuh. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang masih dalam proses pemulihan tidak menyangka akan mengisi bangku simpanan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 menentang Terengganu FC di sini, malam tadi.

Pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, skuad Gergasi Merah menang 4-1 untuk melangkah ke final dengan bergaya selepas merakam keputusan agregat 6-4.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim berkata beliau dimaklumkan akan berada dalam senarai pasukan sehari sebelum perlawanan dan walaupun tidak diturunkan, beliau gembira dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan manis di depan penyokong sendiri itu.

"Tahniah semua, kemenangan ini untuk anda semua, apa yang boleh saya katakan saya membawa semangat apa yang saya mampu, walaupun saya tak mampu bermain secara cergas lagi tetapi saya dapat beri satu semangat untuk rakan-rakan saya.

"Hampir tiga bulan, lagi beberapa hari masuk tiga bulan saya direhatkan dan kecederaan ini menimpa saya, saya memang amat sedih dan kembalinya saya pada malam ini (malam tadi) di Stadium MBPJ, salah satu semangat baharu untuk diri saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di sini.

Ketua Jurulatih Selangor Mohd Nidzam Jamil berkata Faisal Halim disenaraikan kerana dua faktor iaitu kerana Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi tidak dapat diturunkan dan dirasakan layak selepas menjalani latihan penuh bersama pasukan sejak dua minggu lepas.

"Saya tak cukup gila letak pemain yang tak boleh bermain dalam senarai, dia (Faisal Halim) dah berlatih dengan kita, doktor benarkan, ahli fisioterapi benarkan, sudah tentu ada risiko, pemain sihat pun ada risiko...saya ambil risiko untuk letak dia, saya rasa berbaloi, katanya.

Terdahulu, Faisal Halim yang lebih mesra disapa Mickey menceriakan peminat Selangor apabila membuat kemunculan dalam sesi pemanas badan menjelang sepak mula perlawanan di sini.

Beliau yang menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di sini, awal Mei lepas, dilihat memakai topeng muka berwarna hitam dipercayai bagi melindungi bekas luka simbahan asid yang dalam proses untuk sembuh.

Susulan insiden itu, pemenang anugerah gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas itu mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa anggota badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Kemahiran Individu Dan Benteng Pertahanan Kunci Kejayaan JDT, Kata Jurulatih

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

4

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos

Sukan 21 jam yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson