web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sukan Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2024 8:07AM

Pemain JDT Oscar Pasero Arribas (dua, kiri) melakukan sepakan gol pertama ketika menentang Penang FC, pada perlawanan Liga Super Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan apabila meratah Penang FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Kemenangan Harimau Selatan itu bermula seawal minit ketiga dengan rembatan dalam kotak Oscar Arribas hasil hantaran jauh Natxo Insa untuk menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Sikh Azman.

Penyerang baharu JDT Jorge Obregon menggandakan jaringan pada minit 41 selepas menerima hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi dan meletakkan pasukan itu di kedudukan selesa.

JDT berpeluang menambah jaringan pada minit kecederaan separuh masa pertama apabila dihadiahkan penalti menerusi pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) oleh pengadil Razlan Joffri Ali apabila kapten pelawat Rafael Vitor mengasari Obregon, namun tendangan penalti yang diambil Arif Aiman tersasar melepasi palang.

Tidak menunggu lama, babak kedua menyaksikan Obregon sekali lagi menambah jaringan dalam kotak buat JDT selepas bijak mengambil peluang merembat masuk bola muntah yang cuba diselamatkan Sikh Izhan.

Gol keempat JDT hadir apabila pengadil Razlan menghadiahkan penalti selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran oleh pemain Penang FC Richmond Ankrah terhadap Bergson Da Silva dan gol disempurnakan penyerang kelahiran Brazil itu pada minit ke 68.

Juara bertahan itu melengkapkan jaringan terakhir juga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Arif Aiman selepas semakan VAR mendapati pemain pertahanan Muhammad Adib Abdul Ra'op mengasak Muhammad Syahmi Safari pada minit keempat masa kecederaan.

Selain Obregon, pengendali Harimau Selatan Hector Bidoglio menguji pemain baharu Enzo Lombardo, Iker Undabarrena dan Eddy Israfilov yang membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Malaysia.

Pengendali dari Argentina itu turut mengambil peluang merehatkan pemain utama seperti gandingan Heberty Fernandes, Afiq Fazail dan Jordi Amat. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI