web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2024 8:26AM

Pemain KL City FC Paulo Josue (dua, kanan) melakukan percubaan sambil dihalang penjaga gol Selangor FC Samuel Somerville (kanan) ketika perlawanan Liga Super 2024 antara KL City FC lawan Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) City berjaya mengatasi Selangor FC 1-0 di laman sendiri pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bolasepak Cheras di sini malam tadi.

Kemenangan skuad The City Boys itu sekali gus melonjakkan kedudukan skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu ke tangga keempat carta Liga Super dari tangga ketujuh sebelum ini.

Perlawanan malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan bermula seimbang dalam mengatur gerak bagi memburu jaringan, namun gagal memecah kebuntuan sepanjang babak pertama perlawanan.

Memasuki babak kedua skuad The City Boys mendahului pasukan Gergasi Merah menerusi Jovan Montika yang meleretkan bola ke dalam gawang Selangor selepas menerima hantaran Muhammad Hakimi Azim Rosli pada minit ke-63.

Lima minit kemudian, KL City berpeluang menggandakan kedudukan apabila menerima sepakan percuma selepas berlaku insiden tolak-menolak dalam kotak penalti, namun sepakan yang diambil Poulo Josue ditangkap kemas penjaga gol Selangor Mohd Khairulnizam Mohd Khalid.

Asakan demi asakan dilakukan Selangor untuk menyamakan kedudukan, namun gagal dan keputusan kekal 1-0 hingga ke wisel penamat.

Selangor kekal berada di tangga kedua carta dengan sembilan mata, manakala KL City di tangga keempat dengan tujuh mata. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Liga Super: Selangor Naik Tangga Kedua, Kijang Emas Raih Kemenangan Sulung

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Semasa 4 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Semasa 9 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Semasa 4 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan