web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Jenazah Cikgu Istiqomah Dituntut Keluarga Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2024 6:16PM

Van yang membawa jenazah Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi meninggalkan perkarangan hospital - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jenazah Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang dibunuh kejam dan mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, tahun lepas dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Melaka hari ini.

Beberapa ahli keluarga berpakaian hitam tiba di Unit Forensik berkenaan kira-kira 11.40 pagi dan jenazah dibawa keluar daripada hospital pada 2.10 petang.

Bagaimanapun, waris mangsa enggan ditemui pemberita.

Jenazah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di hospital berkendan sebelum dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, keluarga mangsa yang hadir di Hospital Melaka turut diberi penerangan olen doktor bertugas mengenai keadaan jenazah.

"Saya rasa semua dah tahu ada lagi beberapa anggota badan yang masih belum ditemukan, jadi bukan keadaan sempurnalah jenazah ini.

"(Bagaimanapun) keluarga dapat terima keadaan (jenazah) setelah diberi penerangan oleh doktor," katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Melaka di sini hari ini.

Mengulas mengenai kes berkenaan, Ashari berkata setakat ini hanya seorang suspek dikenal pasti terlibat dalam kes pembunuhan kejam berkenaan dan siasatan masih berjalan.

Tertuduh kes pembunuhan Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi dibawa ke mahkamah pagi tadi - Gambar BERNAMA
Tertuduh kes pembunuhan Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi dibawa ke mahkamah pagi tadi - Gambar BERNAMA

Terdahulu, seorang lelaki yang juga bekas guru Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh.

Dia mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Januari lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang.

Selepas lapan bulan, Ashari mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, menahan pasangan suami isteri berumur 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos. - BERNAMA

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos

Sukan 1 hari yang lalu

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

Sukan 1 hari yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026