web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

Filem aksi ini yang antara lain dibarisi Prashanth Thyagarajan dan Prabhu Deva turut menampilkan seorang pelakon Malaysia, Irfan Zaini

Filem & TV Dikemaskini 6 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2024 8:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin kerana pengumuman untuk bersara yang dibuat Februari lalu, filem aksi terbaru ‘Thalapathy’ Vijay meledak di pawagam.

Sejak ditayangkan, Goat mencatatkan fenomena luar biasa di seluruh dunia dan penangannya turut dirasai di Malaysia. 

 Ia dibuktikan menerusi kutipan pra jualan yang mencecah RM2.3 juta, beberapa hari sebelum ditayangkan secara rasmi di negara ini.

Pengumuman mengenai jumlah kutipan pra jualan itu dibuat pengedar rasmi bersama, Veedu Production dan Five Star Trading (FST). 

Getaran yang berhasil menghubungi pengasas dan pemilik Veedu Production, Denes Kumar difahamkan, nilai kutipan sudah mencecah lebih RM10 juta ketika ini.

Menurut beliau, Goat terus ‘menggila’ di pawagam Malaysia sejak mula ditayangkan Khamis lalu malah pihaknya turut menerima permintaan bagi tayangan tambahan di 160 pawagam seluruh negara.

“Saya sememangnya amat berterima kasih dengan semua penonton, khususnya peminat tegar Vijay. 

“Saya difahamkan peminat tegar ini tidak hanya terdiri daripada kaum India sahaja, sebaliknya turut dibarisi kaum lain,” katanya.

Jelas Denes, amat mengagumkan apabila ada peminat yang sanggup mengeluarkan wang untuk menonton filem ini berkali-kali di pawagam.

“Zaman sudah berubah. Sekarang filem Tamil turut menjadi kegilaan ramai, apatah lagi jika dibarisi pelakon yang memiliki nama besar seperti Vijay,” katanya.

Selain Vijay, Goat yang merupakan sebuah filem aksi turut menampilkan Prashanth Thyagarajan, Prabhu Deva, Mohan, Jayaram, Sneha, Laila, Yogi Babu dan ramai itu.

Ia mencatatkan sedikit kelainan di Malaysia apabila dimulakan dengan tayangan awal pagi, berbeza seperti selalu.

Lebih menarik, Goat turut menampilkan persembahan seorang pelakon tempatan tanah air, Irfan Zaini.

Watak beliau meskipun kecil sedikit sebanyak membanggakan industri perfileman tanah air kerana bukan mudah untuk pelakon tempatan menembusi pasaran filem Tamil di India. – Getaran, 11 September 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 4 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara