web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2024 10:31AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kota Kinabalu menjelang Hari Malaysia dijangka membawa kemajuan signifikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana menteri, yang dijangka tiba di ibu negeri Sabah hari ini, akan mempengerusikan Majlis Tindakan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pada Khamis, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg.

Kedua-dua negeri telah menegaskan tuntutan mereka untuk autonomi lebih besar dan hak kewangan daripada Putrajaya.

Walaupun sebahagian daripada perjanjian itu sudah dipenuhi di bawah pentadbiran Anwar, MA63 kekal sebagai punca perdebatan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Putrajaya.

Ramai berpendapat peruntukan utama, terutamanya dalam bidang autonomi negeri dan hak kewangan, masih tidak mencukupi 61 tahun selepas pembentukan Malaysia.

Pindaan perlembagaan pada 2021 yang memasukkan MA63 ke dalam Perlembagaan Persekutuan memerlukan Putrajaya mematuhi semua syarat perjanjian itu.

Bincang Isu Utama

Sarawak dijangka akan memperjuangkan autonomi dalam bidang kesihatan dan pendidikan, sektor-sektor yang dianggapnya boleh diurus dengan lebih berkesan.

Timbalan Menteri Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman menegaskan yang kawalan ke atas sektor-sektor ini adalah penting untuk menangani keperluan unik negeri itu.

“Perkara ini mesti diselesaikan untuk memberikan Sarawak kuasa penuh, membolehkan kita mengambil tindakan tegas,” katanya.

Anwar mungkin juga akan menghadapi soalan sukar mengenai laporan yang mencadangkan Petronas mungkin akan mencabar usaha Sarawak untuk memperoleh kawalan yang lebih besar terhadap sumber minyak dan gasnya

Kelayakan 40% Hasil Sabah

Permintaan utama Sabah ialah 40% hak pendapatan, yang telah dinafikan sejak 1974.

Di bawah Perkara 112(C) dan Jadual Kesepuluh Bahagian IV Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak mendapat 40% daripada hasil bersih yang dikutip oleh kerajaan persekutuan daripada negeri itu.

Tarikh akhir 12 Julai yang ditetapkan oleh Presiden Upko Datuk Ewon Benedick untuk keputusan mengenai kelayakan ini berlalu tanpa penyelesaian. Benedick ialah ahli jawatankuasa yang menyelia pelaksanaan MA63.

Sabah terpaksa mengira kutipan selepas meminta data sebanyak lapan kali daripada Putrajaya. Kesemua lapan permintaan tidak dijawab.

Kerajaan negeri menjangkakan Putrajaya akan mengesahkan angka tersebut.

Sumber yang biasa dengan mesyuarat MTPMA63 berkata kelayakan hasil 40% Sabah akan menjadi perkara ketiga dalam agenda.

“Ini susulan maklumat terkini mengenai status semasa tuntutan MA63 oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri,” kata sumber itu.

Perkara lain yang dijangka akan dibincangkan termasuk penambahan bilangan perwakilan Parlimen untuk Sabah dan Sarawak, kewajipan kewangan persekutuan di bawah Senarai III Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan, dan pengenaan duti setem ke atas pemindahan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Sarawak.

Perbincangan juga akan meliputi isu royalti minyak, pembayaran petroleum, hak mineral, Akta Laut Wilayah dan hak negeri ke atas pelantar benua.

Komitmen Anwar Terhadap Malaysia Timur

Sejak memegang jawatan pada 2022, Anwar telah mempercepatkan pelaksanaan MA63 dengan ketara.

Beliau komited untuk merealisasikan hak Sabah dan Sarawak.

Pentadbirannya juga meningkatkan peruntukan Sabah daripada RM12.9 bilion pada 2022 kepada RM16 bilion pada 2024.

Anwar mendakwa ini melepasi 40% kelayakan hasil negeri.

Tetapi dakwaan ini mendapat kritikan daripada pemimpin dan peguam Sabah yang berhujah bahawa perdana menteri tidak seharusnya menggabungkan hak hasil perlembagaan dan komitmen kewangan persekutuan.

Penurunan kuasa lain termasuk kawalan kawal selia terhadap bekalan elektrik dan gas, perikanan laut dalam, dan pengurusan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Sabah.

Walaupun kemajuan ini, isu yang lebih kompleks masih belum dapat diselesaikan.

Pakar kajian Asia di Universiti Tasmania, Profesor Dr James Chin berkata, “Dengan banyak masalah penurunan kuasa yang mudah telah diselesaikan, yang utama sedang dibincangkan sekarang. Semua kemajuan yang dicapai sejak beberapa tahun lalu boleh terbatal siebabkan isu teras ini.”

Jadual Padat PM

Jadual Anwar menjelang Hari Malaysia dijangka padat, dengan ramai menjangkakan pengumuman penting mengenai pelaksanaan MA63 semasa sambutan di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 16 September.

Sejurus tiba, Anwar akan menghadiri majlis makan malam rasmi negeri pada Rabu, diikuti dengan lawatan ke karnival di Felda Sahabat di Lahad Datu pada pagi Khamis.

Mesyuarat MTPMA63 dijadualkan pada 2.30 petang hari yang sama.

Anwar juga dijangka menghadiri Himpunan Perdana Rakyat di Tawau pada 19 Oktober. – Getaran, 11 September 2024
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024