web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

Kerjasama pertama Tourism New Zealand dengan Klook ini berlangsung dari 6 hingga 22 September.

Jelajah Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 10:11AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia adalah pasaran pengunjung yang penting untuk New Zealand dan terdapat kira-kira 7.3 juta rakyat Malaysia mengimpikan percutian ke New Zealand.

Data terkini menunjukkan peningkatan ketibaan pelancong Malaysia ke New Zealand sebanyak 31.8 peratus dalam tahun yang berakhir pada Jun 2024, dengan lebih 30,000 pengunjung.

Kajian Tourism New Zealand menunjukkan pelancong Malaysia tertarik dengan keindahan semula jadi negara itu yang mengagumkan, warga tempatan yang mesra, pengalaman hidupan liar dan pelbagai aktiviti menarik seperti percutian pandu sendiri.

Statistik ini telah mendorong Tourism New Zealand untuk berkerjasama dengan penyedia perkhidmatan pengalaman, Klook, di Malaysia dengan melancarkan kempen ‘Jalan-jalan Muslim-Friendly NZ baru-baru ini.

Kempen ini berlangsung dari 6 hingga 22 September sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), dan menyediakan kemudahan kepada pengembara untuk menempah pengalaman mesra Muslim untuk percutian mereka di New Zealand.

Kerjasama ini menekankan tentang pengalaman mesra Muslim yang sesuai untuk majoriti pelancong dari Malaysia, sebagai contoh, mempromosikan pilihan lawatan yang menampilkan keindahan New Zealand dan menawarkan hidangan halal atau mesra Muslim.

Pengurus Besar Asia Tourism New Zealand, Gregg Wafelbakker
Pengurus Besar Asia Tourism New Zealand, Gregg Wafelbakker

“Kerjasama kami dengan Klook menandakan langkah penting dalam usaha menjadikan New Zealand sebagai destinasi pilihan pelancong muslim.

“Kami komited untuk menyediakan persekitaran yang inklusif dan mesra, di mana pelancong Muslim boleh menikmati keindahan landskap dan pengalaman unik kami dengan mudah.

“Kerjasama ini adalah bukti komitmen kami untuk memahami dan memenuhi keperluan pasaran penting ini,” ujar Pengurus Besar Asia Tourism New Zealand, Gregg Wafelbakker.

Klook merupakan platform utama Asia untuk perkhidmatan pengalaman dan pelancongan dengan lebih setengah juta penawaran di lebih 2,700 destinasi seluruh dunia. Ketika ini lebih daripada 550 pengalaman percutian New Zealand ditawarkan di Klook.

Pengurus Besar Singapura, Indonesia dan Malaysia Klook, Sarah Wan
Pengurus Besar Singapura, Indonesia dan Malaysia Klook, Sarah Wan

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Tourism New Zealand bagi memperkenalkan lebih banyak pilihan pelancongan mesra Muslim kepada pelanggan kami.

“New Zealand adalah destinasi yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan pengalaman kebudayaan, dan kami teruja untuk menjadikannya lebih mudah diterokai oleh pelancong muslim dari Malaysia,” ulas Pengurus Besar Singapura, Indonesia dan Malaysia Klook, Sarah Wan.

Wafelbakker turut berkongsi, untuk kempen ini pihaknya berkesempatan berkolaborasi dengan pelakon popular, Mira Filzah yang memilih New Zealand sebagai destinasi percutian keluarga kecilnya baru-baru ini.

Pelakon Mira Filzah bersama suami dan anaknya semasa bercuti di New Zealand baru-baru ini
Pelakon Mira Filzah bersama suami dan anaknya semasa bercuti di New Zealand baru-baru ini

 “Kami berpeluang menyediakan percutian untuk pelakon Malaysia, Mira Filzah dan keluarganya di New Zealand dan gembira untuk berkongsi foto perjalanan beliau dalam kempen ini.

“Dari North Island hingga ke South Island, Mira dan keluarganya benar-benar menikmati pelbagai pengalaman yang menampilkan keindahan landskap, pengalaman mesra keluarga dan pelbagai aktiviti pengembaraan yang mendebarkan di New Zealand,” kongsi beliau.

New Zealand adalah destinasi percutian sepanjang tahun, dengan tarikan istimewa di luar musim puncak seperti musim bunga, musim sejuk dan musim luruh.

Pada musim-musim ini, pengembara boleh menikmati pengalaman unik dan kurang sesak seperti melihat paus, menyaksikan keindahan bintang di langit malam dan meneroka alam semula jadi yang menakjubkan.

Kempen ‘Jalan-jalan Mesra Muslim NZ’ menawarkan pelancong Muslim Malaysia dengan pelbagai pengalaman menarik yang boleh mereka tempah melalui Klook, dengan jaminan bahawa setiap keperluan pengembaraan mereka akan dipenuhi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang destinasi yang dilawati oleh Mira Filzah atau ingin membuat tempahan, anda boleh ke laman sesawang Klook. – Getaran, 12 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

2

Semasa 5 bulan yang lalu

2 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Tasik Tekapo, New Zealand

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

New Zealand Kuat Kuasa Peraturan Baharu Bagi Kawal Penggunaan Vape

4

TARA 1 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara