web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


New Zealand Kuat Kuasa Peraturan Baharu Bagi Kawal Penggunaan Vape

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 6:29PM

New Zealand melaksanakan peraturan baharu bagi mengawal penggunaan vape dalam kalangan belia di negara itu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WELLINGTON - New Zealand sudah menetapkan peraturan menggunakan vape baharu untuk mengehadkan golongan muda daripada rokok elektronik itu, Xinhua memetik Menteri Kesihatan, Ayesha Verrall pada Isnin.

"Vape hendaklah berada sejauh mungkin daripada fikiran dan capaian kanak-kanak dan golongan muda, jadi mana-mana lokasi dalam lingkungan 300 meter (m) dari sekolah dan pusat tumpuan masyarakat atau Marae adalah dilarang daripada kedai vape yang baharu.

"Vape memerlukan mekanisme keselamatan kanak-kanak, dan nama seperti 'gula kapas' dan 'donut jeli strawberi' akan diharamkan," katanya sambil menambah hanya nama generik yang menerangkan perisa dengan tepat boleh digunakan seperti 'beri'.

Peraturan baharu itu menetapkan paras nikotin maksimum untuk mengimbangi keperluan nikotin yang mencukupi untuk menjadi peranti berhenti merokok yang berkesan selain mengehadkan risiko ketagihan nikotin, terutamanya untuk golongan muda kata menteri itu.

Peraturan itu, yang akan berkuat kuasa pada 21 Sept, mensyaratkan hanya vape yang mempunyai bateri boleh tanggal yang menjadikannya lebih selamat dibenarkan dijual di New Zealand.

"Kami mencipta masa depan di mana produk tembakau tidak lagi ketagihan, menarik, atau mudah didapati, dan perkara yang sama perlu berlaku untuk rokok elektronik," kata Verrall. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

4

Semasa 5 bulan yang lalu

2 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Tasik Tekapo, New Zealand

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 22 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad