web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 9:05PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand, Sabtu lalu, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.

Nenek Allahyarham, Nor Hanita Meor Mohd Nor, 62, yang mengesahkan perkara itu pada masa sama berkata, ibu Allahyarham, Noor Aishah Abdul Latif, 49, berlepas ke negara itu petang ini menerusi penerbangan Singapore Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Nor Hanita, Noor Aishah berlepas ke negara itu ditemani adik Allahyarham iaitu Megat Rayyan Dashrin, 18.

"Kalau ikutkan kami family yang lain reda dengan pemergiannya dan dikebumi di sana. Masa dia (ayah Allahyarham Megat Irman Jefni Megat Khashusaini, 49) nak pergi pun (ke New Zealand) saya dah cakap dengan dia lebih baik dikebumikan di sana.

"Lagipun pada mulanya ibunya tidak pergi (ke New Zealand), tetapi kebetulan pula ibunya dapat pergi dengan adik bongsu arwah pada petang ini, insya-Allah akan sampai di sana pada pukul 10 pagi esok," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini. 

Sementara itu, Nor Hanita memaklumkan solat jenazah ghaib akan diadakan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia di sini, esok.

Sebelum ini, Datuk Allahyarham, Megat Khashusaini Megat Abd. Rahman, 85, berkata, Megat Irman Jefni ada memaklumkan hasratnya membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Perak, namun keputusan itu belum muktamad.

Selain Megat Ashman Aqif, seorang lagi pelajar Malaysia, Wan Nur Adlina Alisa dari University of Canterbury turut terkorban dalam kemalangan yang berlaku pada jam 1.45 petang waktu tempatan.

Tiga lagi pelajar cedera dalam nahas sama iaitu Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Anak Walton dari universiti sama serta Muhamad Faris Mohd Fairusham dari Victoria University of Wellington. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bapa Megat Ashman Aqif Berlepas Ke New Zealand Malam Ini - Datuk

3

Semasa 5 bulan yang lalu

2 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Tasik Tekapo, New Zealand

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

New Zealand Kuat Kuasa Peraturan Baharu Bagi Kawal Penggunaan Vape

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam