web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bapa Megat Ashman Aqif Berlepas Ke New Zealand Malam Ini - Datuk

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 5:09PM

Megat Khas Husaini Megat Abd Rahman dan Nor Hanita Meor Mohd Nor menunjukkan potret keluarga ketika ditemui di kediaman mereka di Gunung Rapat dekat sini, pagi tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Datuk Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, 21, pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand memaklumkan, bapa penuntut itu akan berlepas ke New Zealand malam ini bagi urusan pengurusan jenazah anaknya.

Megat Khashusaini Megat Abd. Rahman, 85, berkata, anaknya Megat Irman Jefni, 49, ada memaklumkan hasratnya membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Perak, namun keputusan itu belum muktamad.

"Kami ada cadang, biarlah jenazah dikebumikan di sana kerana jika dibawa balik prosesnya rumit tetapi katanya, dia mahu arwah ada 'tanda' di sini dan mudah untuk melawat kuburnya nanti, namun semua terserah pada keputusan dia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Gunung Rapat di sini hari ini.

Menceritakan detik dia dan isteri diberitahu ketiadaan Allahyarham, pesara itu berkata, anaknya menelefonnya meminta datang ke rumah di Meru semalam, katanya, ada 'kejutan' untuk diberitahu.

Apabila sampai ke rumah anaknya itu, anaknya terus memeluknya dan memberitahu cucunya sudah meninggal dunia.

"Saya lihat dia (Megat Irman Jefni) tetap masih menelefon Aqif, walaupun sebelum itu dia telah diberitahu Aqif telah tiada, telefon Aqif masih berdering tapi tidak ada siapa yang menjawab panggilan itu," katanya sebak.

Megat Khashusaini berkata, dia difahamkan Megat Ashman Aqif berkonvoi bersama dua kenderaan lain yang terdiri rakan-rakannya sebelum kenderaan yang dipandu cucunya di belakang sekali terpisah dari kumpulan konvoi.

"Rupa-rupanya kenderaan arwah telah terlibat dalam kemalangan, difahamkan berlanggar dengan sebuah motosikal dan terbabas," katanya.

Nor Hanita Meor Mohd Nor, 62, pula berkata, Megat Ashman Aqif yang baru menyambut hari lahir pada 8 Mac lalu, seorang yang periang dan akan memberitahu setiap kali keluar ke mana-mana sejak belajar di New Zealand pada Julai lalu.

"Dia ada beritahu dia dapat praktikal di sebuah firma akaun di sana dan beritahu dia tidak akan balik ke tanah air sampai habis belajar, kali terakhir dia menghubungi kami kelmarin dan bertanya berbuka di mana," katanya.

Megat Ashman Aqif yang juga anak kedua dari lima beradik seorang yang sering mengajak rakan-rakannya bersolat menurut cerita rakan-rakannya.

Cucunya itu juga merancang berkahwin di rumah datuk dan neneknya.

Sementara itu, bapa Allahyarham tidak bersedia untuk bercakap dengan pemberita akibat terlalu sedih.

Semalam, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 14 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 18 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad