web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2024 8:45AM

Pemain Malaysia Daniel Ting ing (dua, kanan) diasak oleh dua pemain Filipina pada perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2024, Malaysia menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beraksi tanpa sorakan kumpulan penyokong tegar Ultras Malaya tidak menghalang skuad kebangsaan untuk melangkah ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 selepas bangkit menundukkan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. 

Pada aksi separuh akhir itu yang juga tugasan pertama Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih pasukan negara, Filipina yang diberi julukan The Azkals terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain pertahanan negara Muhamad Feroz Baharudin pada minit ke-27. 

Bagaimanapun, sentuhan penyudah pemain tengah Mohammad Syamer Kutty Abba dan penalti pemain sayap gantian Muhammad Safawi Rasid masing-masing di lewat babak pertama dan separuh masa kedua berjaya menyelamatkan maruah skuad Harimau Malaya di laman sendiri. 

Kejayaan itu membolehkan Malaysia meneruskan misi mendakap kejuaraan Pestabola Merdeka apabila dijadual bertemu Lubnan di pentas final Ahad ini di venue sama. 

Terdahulu, Filipina yang dibimbing bekas pemain kebangsaan negara itu Norman Fegidero nyaris membolosi gawang Malaysia di awal permainan yang menyaksikan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed muncul penyelamat. 

la berpunca kesilapan pemain pertahanan Matthew Davies yang membenarkan pemain tengah Filipina Dylan Demuynck merampas bola untuk membuat larian pantas ke depan, namun rembatan lemahnya gagal menewaskan Ahmad Syihan dalam situasi satu lawan satu. 

Malaysia turut terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol awal selepas pemain pertahanan kiri Daniel Ting yang tidak dikawal dalam kotak penalti gagal menyudahkan hantaran lintang cantik Arif Aiman Mohd Hanapi dari sebelah kanan pada minit kelapan. 

Aksi bertukar sedikit 'panas' susulan siri terjahan keras dilakukan pemain Filipina sebelum mereka berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-27 berpunca gol sendiri Muhamad Feroz ketika cuba mengeluarkan bola hantaran lintang Jefferson Tabinas dari sebelah kiri.

Ketika permainan hampir menuju waktu rehat, Muhamad Feroz menebus kesilapannya apabila melakukan hantaran yang membolehkan Mohammad Syamer melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-43 untuk menyamakan kedudukan 1-1. 

Bersambung babak kedua, tiada banyak perubahan permainan ditunjukkan kedua-dua pasukan, namun percaturan Vicente membawa masuk Muhammad Safawi ternyata berbaloi selepas beliau meledak penalti pada minit ke-73 selepas Arif Aiman dijatuhkan Matthew Baldisimo. 

Kemenangan itu menyaksikan Vicente mengikuti jejak langkah bekas 'bos' Kim Pan Gon yang turut melakar kemenangan ke atas Filipina dalam tugasan pertama membimbing Malaysia pada Mac 2022. 

Vicente sebelum ini merupakan penolong kepada Pan Gon sejak 2022 dan dilantik ketua jurulatih susulan peletakan jawatan Pan Gon, Julai lepas. 

Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak 12 kali selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2013. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

3

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan