web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Kerjasama ini bertujuan untuk mencipta lebih banyak detik-detik mengujakan bersama peminat bola sepak Asia.

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Aug 2024 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama teknologi inovatif TECNO kini merupakan Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.

Kerjasama strategik ini menegaskan komitmen TECNO untuk memperluaskan jangkauannya di pasaran utama di Asia dan selain membina hubungan bermakna dengan setiap peminat bola sepak yang berkongsi semangat ‘Stop at Nothing’ dalam kemajuan dan inovasi.

“Kerjasama ini mencerminkan nilai-nilai bersama seperti semangat, kecemerlangan, dan inovasi antara TECNO dan AFC.”

“Lebih daripada sekadar tajaan, ini adalah mercu tanda yang memaparkan semangat ‘Stop at Nothing’ serta perayaan bagi kedua-dua pihak yang memulakan perjalanan baru untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna bagi peminat di seluruh Asia,” kata Ketua Pegawai Pemasaran TECNO, Laury Bai.

“Kami juga sentiasa percaya kepada semangat kesukanan yang dapat menyatukan komuniti dan memberi inspirasi kepada kemajuan.”

“Kerjasama ini bukan sahaja dapat memperkasakan setiap peminat bola sepak Asia untuk mengikuti perlawanan yang lebih interaktif dan imersif, tetapi juga untuk membina hubungan yang lebih mendalam berdasarkan semangat bersama antara TECNO dan peminat bola sepak," tambah beliau.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, berkata, pihaknya berharap agar bekerjasama ini dapat mencipta lebih banyak detik-detik yang mengujakan bersama peminat bola sepak Asia.

“AFC telah memasuki era baru inovasi dan transformasi, seiring dengan dorongan penstrukturan semula pertandingan kelab kami, kami berasa amat berbesar hati untuk menyambut sebuah entiti yang berkongsi nilai yang sama, iaitu TECNO.”

“Kami amat berterima kasih kepada TECNO kerana menyedari daya tarikan global yang semakin meningkat dalam pertandingan bertaraf dunia AFC, yang telah pun bersedia untuk mencatatkan tahap pertumbuhan yang tidak direkod. Kami berharap agar bekerjasama ini dapat mencipta lebih banyak detik-detik mengujakan bersama peminat bola sepak Asia," ujar beliau.

Dengan memanfaatkan pangkalan peminat yang luas dalam pertandingan kelab AFC, dengan penonton televisyen global yang mencecah 1 bilion, TECNO bersedia untuk membina hubungan dengan komuniti sukan yang besar, meningkatkan kegembiraan dan keseronokan bola sepak.

Memandangkan pengalaman digital semakin tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan harian peminat bola sepak, TECNO mengharapkan jalinan kerjasama ini dapat memperluaskan kehadirannya di pasaran di seluruh benua.

Kepercayaan terhadap kuasa sukan dan teknologi untuk memberi inspirasi kepada individu untuk membuat kemajuan, mengejar impian, dan mengikuti minat mereka adalah sebahagian daripada DNA jenama TECNO.

Jenama ini berdedikasi untuk merealisasikan kepercayaan ini dengan mencipta program bermakna yang memotivasi pengguna untuk membuka potensi mereka melalui sukan.

Sebelum ini, TECNO menerusi tajaan untuk Piala Negara-Negara Afrika ke-34 (AFCON), telah mencipta impak berpanjangan dengan satu siri kempen yang membuat perlawanan dapat
diakses oleh seluruh komuniti bola sepak di Afrika, termasuklah di kawasan terpencil.

Selain itu, TECNO juga menyatakan komitmen untuk membaik pulih 100 padang bola sepak di seluruh Afrika dalam tempoh lima tahun akan datang.

Melalui kerjasama dengan AFC, TECNO akan terus berinovasi untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Asia dan memberi inspirasi kepada peminat bola sepak untuk menjunjung semangat ‘Stop at Nothing’. – Getaran, 15 Ogos 2024

Foto : TECNO

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting