web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Liga Super: Selangor Naik Tangga Kedua, Kijang Emas Raih Kemenangan Sulung

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 8:31AM

Pemain Selangor FC Sharul Nazeem Zulpakar (tengah) mencuba merebut bola udara bersama pemain Perak FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium MBPJ malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Penyerang import Ronnie Fernandez muncul wira Gergasi Merah selepas mencetak dua gol pada separuh masa pertama, sementara pemain tengah muda dari Ghana Alex Agyarkwa dilayangkan kad merah pada minit ke-64 susulan kekasaran yang dilakukan.

Fernandez memecah kebuntuan gol pada minit ke-24 selepas menyudahkan tampanan kurang kemas penjaga gol pelawat Mohamad Ramdhan Ab Hamid, sebelum mencetak jaringan peribadi kedua apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-40 untuk memastikan Selangor selesa mendahului 2-0.

Selepas insiden Agyarkwa diperintah keluar padang, Selangor yang cuba bertahan dengan 10 pemain akhirnya dibolosi setelah pemain tengah gantian Perak Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar memanfaatkan hantaran lintang dari sebelah kiri dengan melepaskan tandukan cantik pada minit ke-79.

Tiga mata yang berjaya dikutip menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil itu mengumpul sembilan mata, hanya tiga mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi seterusnya bulan depan.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Kelantan Darul Naim (KDN) FC meraih tiga mata pertama musim ini selepas mengatasi PDRM FC 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan ketua pasukan Oday Kharoub menerusi penalti pada minit ke-29 sekali gus menjadi pemisah kedua-dua pasukan hingga wisel penamat.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mengubah posisi skuad Sang Kijang Emas yang kekal sebagai pasukan kedua tercorot, manakala PDRM jatuh satu anak tangga ke kedudukan keenam dengan mengumpul empat mata. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka