web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2024 8:46AM

Pemain PDRM FC Bruno Junichi Suzuki Castanheira (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukannya pada rlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Impian Kuching City FC untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri pada perlawanan Liga Super 2024-2025 tidak kesampaian apabila bangkit untuk mengikat Penang FC 2-2 pada aksi di Stadium Negeri di sini, semalam.

Babak pertama perlawanan berlangsung seimbang apabila dilihat saling berbalas serangan namun gagal diterjemahkan kepada sebarang bentuk gol.

Skuad Harimau Kumbang dibimbing Akmal Rizal Ahmad Rakhli terlebih dahulu memecah kebuntuan gol menerusi pemain kelahiran Brazil, Joao Ferreira de Oliviera Neto yang menyambut hantaran Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-36.

Tidak menunggu lama, Penang FC terus mempamer aksi cemerlang sebelum Rodrigo Dias mengukuhkan kedudukan pada minit ke-41.

Kuching City merencanakan kebangkitan dengan ledakan gol oleh pemain gantian Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-69 yang menyambut hantaran Jimmy Raymond.

Lantunan bola oleh penjaga gol Penang FC Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman akibat menepis sepakan percuma pemain tengah Kuching City Mohamad Alif Hassan tidak disia-siakan rakan sepasukan Tchetche Kipre yang melengkapkan jaringan pada minit-79, sekali gus menyamakan kedudukan.

DI SEREMBAN, Negeri Sembilan FC (NSFC) mengalami kekalahan keenam mereka dalam kancah liga selepas tewas 1-2 kepada PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

R. Barathkumar berjaya meletakkan Skuad Jang di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-45 berpunca daripada kesilapan kapten PDRM FC, Faith Friday yang mengeluarkan bola daripada kawasan gol namun singgah tepat ke kaki pemain itu.

Kegembiraan tuan rumah bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi meledak gol penyamaan pada minit ke-53.

Skuad Sang Saka Biru melebarkan penguasaan menerusi gol kedua dijaringkan Bruno Suzuki selepas dia berjaya menolak masuk bola lorongan daripada Fadi Mahmood Awad Salleh lima minit kemudian, menewaskan penjaga gol NSFC Muhamad Aqil Abdul Razak. – BERNAMA 
 

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

Sukan 1 hari yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos