web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2024 2:24PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Operasi polis di tiga pusat hiburan di Jalan Changkat Bukit Bintang dan sebuah premis di Sri Hartamas di sini awal pagi tadi, memberkas 41 warga asing yang sedang leka berhibur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua yang ditahan dalam operasi bermula 1.30 pagi itu terdiri daripada 39 warga dari benua Afrika, serta dua warga Pakistan berusia 25 hingga 56 tahun.

Dalam operasi itu, polis juga berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Nigeria berusia 28 tahun, disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks.

Beliau berkata kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Seksyen 55D, Seksyen 15(1) (c) dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam kenyataan kepada media, Mohd Shuhaily berkata mangsa dan tangkapan bagi kes ATIPSOM dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut, manakala tahanan lain dihantar ke IPD Dang Wangi.

Operasi yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti-Pemerdagangan Orang Kementerian Dalam Negeri itu, memfokuskan kepada mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan kepada National Guideline On Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

Sementara itu, wartawan BERNAMA yang turut sama dalam operasi mendapati kebanyakan warga asing yang ditahan tidak membawa pasport atau sebarang pengenalan diri yang sah.

Ada di antara mereka memberi alasan tertinggal pasport di hotel atau rumah, sehingga bertindak memarahi anggota polis apabila diminta untuk menunjukkan pengenalan diri. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Semasa 1 hari yang lalu

GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri