web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2024 8:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG – Seorang warga Afrika, dipercayai anggota kumpulan samun yang dikehendaki polis, mati dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah apartment di Puchong Jaya di sini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian pada 10.50 malam itu, polis menyerbu sebuah unit kediaman di tingkat sembilan Menara KLH untuk memberkas suspek, namun lelaki itu bertindak melepaskan dua das tembakan. 

"Ketika serbuan dilakukan, suspek berseorangan dan tidak mahu memberikan kerjasama, sebaliknya melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis menggunakan senjata jenis revolver, menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan suspek," katanya dalam sidang media di tempat kejadian di sini malam tadi. 

Beliau berkata hasil pemeriksaan di unit kediaman itu, polis menemukan dua bilah parang, nombor plat palsu dan sebuah beg mengandungi wang palsu. Katanya suspek turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dipercayai palsu. 

"Umur, kewarganegaraan dan dokumen lain berkaitan suspek masih disiasat," katanya.

Menurut Mohd Shuhaily lelaki itu merupakan anggota kumpulan samun bersenjata api warga Afrika yang aktif sejak 2018. 

Seorang anggota kumpulan itu ditembak mati oleh polis dalam kejadian berbalas tembakan pada 20 Ogos lepas di Subang Jaya manakala tiga lagi anggota kumpulan itu ditangkap pada 25 Ogos ketika cuba menyamun warga Jepun di sebuah pusat beli-belah di ibu negara. 

Polis kini mempergiat usaha memburu saki-baki anggota kumpulan itu, katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Terbabit 13 Kes Curi Kabel

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91