web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2024 6:04PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini. 

Perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak di Mahkamah Majistret di sini terhadap lelaki berusia 34 tahun dan isterinya berusia 37 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Terdahulu, pasangan berkenaan ditahan pada 1 September lepas dan direman seminggu bermula 2 September setelah ditahan di Taman Permint Jaya Fasa 4, Jalan Kubang Ikan, di sini. 

Ketika tangkapan, polis merampas 5.7 kilogram pil yaba dan 631.9 gram erimin 5 bernilai RM768,000 selain menyita kereta Volkswagen Golf GTI 2.0, Honda Jazz S, motosikal Yamaha RXZ, dua motosikal Yamaha Y15ZR selain barang kemas serta helmet Shoei J-Force II dengan nilai keseluruhan RM284,700. 

Polis turut menyita wang tunai RM79,000 dalam milikan pasangan itu. 

Pasangan yang berasal dari Terengganu itu dipercayai aktif mengedar dadah untuk pasaran negeri ini sejak awal tahun lepas. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Terbabit 13 Kes Curi Kabel

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91