web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Terbabit 13 Kes Curi Kabel

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2024 8:25AM

Hamzah Ahmad - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL – Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan penangkapan tiga lelaki tempatan di Jalan Bukit Panchor di sini kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pada kira-kira 4.25 pagi sepasukan polis dari Balai Polis Nibong Tebal yang sedang bertugas terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Triton yang dalam keadaan mencurigakan.

"Polis kemudian menghampiri kenderaan yang dinaiki tiga lelaki itu dan menahan kenderaan berkenaan untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai jenis peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan mencuri kabel," katanya dalam kenyataan semalam.

Hamzah berkata semakan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 31 dan 33 tahun mendapati masing-masing mempunyai sembilan, 22 dan empat rekod lampau atas kesalahan jenayah serta dadah.

Beliau berkata dengan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes kecurian kabel di daerah SPU dan tiga di SPS.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan kesemua suspek kini direman dua hari hingga Rabu bagi membantu siasatan. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91