web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2024 8:20AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan menerima laporan berhubung seorang pesara bank wanita mengalami kerugian RM1.98 juta dipercayai terjerat dalam penipuan "love scam".

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan pada 4.10 petang kelmarin daripada pesara berusia 64 tahun itu yang merupakan mangsa penipuan yang berlaku di Bukit Jelutong di sini membabitkan penerimaan satu bungkusan.

"Untuk menebus bungkusan tersebut, wanita tempatan yang merupakan pengadu memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hussein berkata susulan itu pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

Beliau menasihati orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan penipuan tersebut dan jangan melayan mereka yang tidak dikenali di media sosial.

"Jangan mudah percaya dengan kenalan di media sosial. Semak dahulu sebelum membuat transaksi kewangan serta sahkan nombor telefon serta akaun di https://semakmule.rmp.gov.my," katanya. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Terbabit 13 Kes Curi Kabel

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Sarawak Digesa Kemuka Pecahan Kos Projek ART

oleh Stephen Then

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman