web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 12:41PM

Muhammed Yusoff Rawther ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram pada Jumaat lepas.

Muhammed Yusoff Rawther, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Arunjothy.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Muhammed Yusoff didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 September lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, ahli keluarga Muhammed Yusoff turut hadir ke mahkamah.

Terdahulu, Muhammed Yusoff dengan tangan bergari tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi diiringi beberapa anggota polis yang mengawal ketatnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Muhammed Yusoff.

Mahkamah menetapkan 12 November untuk sebutan kes bagi laporan kimia.

Sementara itu, Muhammad Rafique Rashid ketika ditemui media berkata pihaknya akan memfailkan permohonan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataaan berkata lelaki terbabit ditahan di Jalan Bukit Kiara di sini dan direman selama enam hari bermula Sabtu lepas. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI