web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 May 2024 5:46PM

Syed Kamal Syed Mohamad ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengurup wang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar di sini, tiga tahun lepas.

Syed Kamal Syed Mohamad, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama dengan tiga yang telah dituduh dan satu lagi yang masih bebas didakwa telah membunuh M. Sanjeet Kumar, 28, di lorong belakang Affin Bank, Jalan Telawi 3, Bangsar pada 1 pagi, 13 Mac 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Mankamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pada 13 April tahun lepas, tiga penganggur iaitu G. Naresh, 27, K. Pravin, 28, dan S. Letchumanan, 30, telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Sanjeet Kumar.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki lain di Jalan Telawi, Bangsar, dipercayai akibat dendam.

Sanjeet Kumar mati ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala rakannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki Gaduh Guna Pisau Di Kedai Makan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 4 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 22 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan