web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 4:14PM

Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam pada 6 Disember lalu. - Gambar Facebook.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Tiada sebarang pengakuan bersalah dibuat ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abd Manaf dalam prosiding tertutup di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Peguam mewakili ibu bapa kanak-kanak autisme yang mati dibunuh itu, Mahmud Jumaat berkata anak guamnya hanya memberi keterangan di hadapan Majistret.

“Anak guam saya tidak memberi sebarang pengakuan bersalah sebaliknya memberi keterangan kepada Majistret sahaja.

“Oleh yang demikian saya mohon orang ramai untuk tidak buat sebarang spekulasi dan menyebarkan sebarang berita tidak sahih melibatkan anak guam saya dan suaminya tentang kematian anak mereka,” katanya kepada media di hadapan kompleks Mahkamah Majistret dekat sini.

Terdahulu peguam yang turut mewakili pasangan itu, Fahmi  Abdul Moin berkata mereka tidak dimaklumkan tentang prosiding tertutup yang dijalankan hari ini.

Fahmi mendakwa mereka hanya tahu mengenai prosiding itu daripada media dan bukan pegawai penyiasat.

“Kami hanya tahu daripada pihak media seawal jam 9.30 pada pagi ini yang memaklumkan akan berlaku prosiding tertutup di mana pegawai penyiasat akan bawa anak guam ke Mahkamah Majistret.

“Bagi kami memang agak aneh prosiding tersebut dan ada laporan kata kami lewat hadir tapi sebenarnya kami tidak berniat begitu kerana baru dimaklumkan,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, hanya ibu kepada Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Majistret manakala bapanya terus dalam tahanan reman.

Hanya ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf (baju ungu) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi. – Gambar oleh Kamal Ariffin.
Hanya ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf (baju ungu) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi. – Gambar oleh Kamal Ariffin.

Ismanira dilihat hadir di mahkamah kira-kira jam 10.29 pagi dan meninggalkan kompleks itu pada 12.50 tengah hari.

Sebelum ini, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tempoh reman disambung selama enam hari dan berakhir esok.

Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam. - Getaran, 12 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai, Bukan Dera - Peguam

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini - Peguam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 21 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen