web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 4:01PM

Penyanyi Cliff Umar atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Penyanyi Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dadah Ahad lepas.

Cliff Umar atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Juara sebuah program realiti hiburan itu didakwa memiliki dadah dipercayai heroin seberat 0.39g di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, dekat sini pada 3.30 petang 26 Mei lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Sallehuddin Salam yang mewakili Cliff Umar merayu jaminan rendah kerana tertuduh menanggung isteri dan empat anak masih bersekolah, selain pendapatan sebagai ahli muzik tidak menentu.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 22 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan