web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2024 8:58AM

Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 Bilangan 1 Tahun 2024 dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di SICC, Kota Kinabalu semalam. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Pemberian khas interim untuk Sabah dan Sarawak dinaikkan daripada RM300 juta kepada RM600 juta mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Menurut beliau, peruntukan khas tersebut terkandung dalam perkara 122D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, turut berkata tuntutan bagi pengembalian 40 peratus hasil bersih yang dikutip kerajaan Persekutuan di Sabah tidak dapat dibincangkan buat masa ini berikutan masih dalam prosiding mahkamah.

“Sepatutnya interim ini akan disemak setiap lima tahun tapi tadi Perdana Menteri putuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri, makna sekali ganda kenaikan,” katanya kepada pemberita usai menghadiri mesyuarat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

(Dari kiri) Fadillah Yusof, Hajiji Noor, Anwar Ibrahim dan Abang Johari Openg semasa Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2024 semalam. – Gambar Facebook
(Dari kiri) Fadillah Yusof, Hajiji Noor, Anwar Ibrahim dan Abang Johari Openg semasa Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2024 semalam. – Gambar Facebook

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Fadillah dalam pada itu berkata, masih ada empat perkara yang belum diputuskan melalui mesyuarat semalam, iaitu isu sempadan laut, royalti minyak, tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak, dan duti setem.

"Isu-isu ini rumit kerana tafsiran undang-undang yang berbeza antara kerajaan Persekutuan dan negeri. Bagaimanapun, perbincangan mengenainya akan diteruskan," jelas beliau. – Getaran, 13 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 6 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

4

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 5 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat