web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 10:15AM

Penasihat Undang-Undang Sarawak JC Fong. – Gambar laman web Bintulu Port

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Sabah perlu mengelak rundingan yang berlarutan, sebaliknya beri tumpuan dengan menggunakan kerangka undang-undang sedia ada dalam usaha untuk mengembalikan hak negeri itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong berkata, Sabah dan Sarawak telah terlibat dalam rundingan dengan Putrajaya selama bertahun-tahun, namun banyak isu masih belum diselesaikan.

"Elakkan rundingan berlarutan. Walaupun perbincangan mungkin diteruskan, adalah penting untuk meneroka cara untuk mendapatkan hasil dalam kerangka undang-undang sedia ada," katanya dalam satu simposium baru-baru ini.

Fong memberikan nasihat itu menjelang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan petang ini yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat tersebut akan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sabah dan Sarawak sedang memperjuangkan autonomi yang lebih besar daripada Putrajaya. Walaupun beberapa perkara dalam MA63 telah dipenuhi di bawah kerajaan pimpinan Anwar, namun isu perjanjian itu masih menjadi keutamaan bagi rakyat Sabah dan Sarawak dalam hubungan mereka dengan kerajaan persekutuan.

Antara yang dijangka dibangkitkan dalam mesyuarat petang ini ialah tuntutan 40 peratus hasil tahunan yang dikutip kerajaan Persekutuan di Sabah, seperti yang diperuntukkan dalam MA63 dan Perkara 112C Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan ini bertujuan memastikan pembahagian sumber yang adil, bagi membolehkan Sabah mendapat manfaat daripada kekayaan negeri itu dan digunakan untuk pembangunan.

Fong, yang merupakan penasihat kerajaan Sarawak mengenai perkara-perkara perlembagaan, pentadbiran dan undang-undang berkaitan dengan hak dan autonomi Sarawak dalam Malaysia, turut menggalakkan Sabah mencari jalan untuk menuntut kerajaan persekutuan mematuhi undang-undang negeri dan perlembagaan.

"Mereka (kerajaan persekutuan) tidak boleh menghalang jika Sabah menuntut kerajan patuh kepada undang-undang atau perlembagaan," katanya, merujuk kepada kejayaan Sarawak dalam menegaskan hak negeri itu terhadap sumber minyak dan gas. 

Sebagai contoh, pada Januari 2019 Sarawak mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak 5 ke atas penjualan produk petroleum, termasuk gas asli cecair (LNG), minyak mentah dan kondensat.

Langkah ini membolehkan Sarawak menuntut bahagian yang lebih besar daripada hasil daripada pengeluaran dan eksport minyak dan gas.

Fong juga menekankan kepentingan autonomi kewangan, bahawa tanpa dana yang mencukupi, negeri-negeri tetap bergantung kepada Putrajaya.

“Anda tidak bernilai jika tiada wang. Anda masih akan berada di bawah bentuk penjajahan tertentu. Untuk membina jalan atau jambatan, anda perlu pergi ke Putrajaya untuk meminta wang, dan mereka mungkin menolak atau memberi anda kurang daripada yang anda perlukan," katanya. – Getaran, 12 September, 2024


 
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

3

Semasa 6 bulan yang lalu

MA63: 9 Tuntutan Asas Selesai Sepenuhnya

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanggungjawab Generasi Kita Laksana MA63 - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91