web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tanggungjawab Generasi Kita Laksana MA63 - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 5:43PM

Anwar Ibrahim berkata MA63 merupakan sebuah perjanjian dan ikrar yang telah dimeterai pemimpin-pemimpin negara terdahulu bagi membentuk negara bernama Malaysia, justeru menjadi tanggungjawab generasi kita pada masa ini melaksana MA63 dengan setia dan ikhlas - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG -  Sudah menjadi tanggungjawab generasi kita pada masa ini untuk melaksana apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana MA63 merupakan sebuah perjanjian dan ikrar yang telah dimeterai pemimpin-pemimpin negara terdahulu bagi membentuk negara bernama Malaysia, justeru menjadi tanggungjawab generasi kita pada masa ini melaksana MA63 dengan setia dan ikhlas.

“Saya tidak bimbang (mengenai MA63) kerana sejak ambil alih kerajaan, Kerajaan Perpaduan ini antara keutamaan kita selesaikan masalah merundung negara kita berpuluh tahun, tiap kali saya ke Sabah tidak habis dengar masalah perlaksanaan MA63.

“Enam bulan (ambil alih kerajaan) alhamdulillah, syukur kerana kerjasama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pasukan negeri serta Persekutuan, saya minta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pengerusikan, hampir keseluruhan permasalahan itu selesai dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir Hajiji; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan 2023 dan Presiden KDCA  Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sementara itu, Anwar berkata dasar Malaysia MADANI dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja bermatlamat untuk mengangkat Sabah dan Malaysia dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi dan pendidikan, tetapi dalam masa sama ‘mengakar’ budaya serta tradisi tersendiri. 

“Kita ada cita-cita dalam Malaysia MADANI, menjadikan Sabah dan Malaysia negara unggul, hebat ekonominya kuat tahap pendidikan dan teknologinya tetapi tetap mengakar ke akar budaya tradisi kita sendiri. 

“Menghormati bukan sahaja menghormati toleransi tetapi menghormati apresiasi ada kekuatan, kehebatan, keindahan masing-masing lihat kepelbagaiannya, budayanya. Apa hebatnya manusia kalau tiada sifat manusiawi, sifat insaniah saling mencintai kepelbagaian satu sama lain,” katanya.

Justeru, katanya Kerajaan Perpaduan pada masa ini bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa ini adalah fasa baharu Malaysia yang mahu memenangkan semua rakyat yang bernaung di bawahnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam majlis itu turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk KDCA melaksanakan pelbagai aktiviti persatuan itu dan masyarakat tempatan terlibat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 6 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 22 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang