web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2024 8:08AM

Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Air Negara di Putrajaya petang semalam. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Air Negara semalam bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia dengan melibatkan semua pemegang taruh untuk memastikan masalah itu dapat ditangani segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan langkah itu adalah antara strategi bagi meningkatkan pengawalan kualiti air sungai serta pengukuhan pengurusan dan penyelidikan bahan cemar baharu dalam sumber air Malaysia.

"Banyak implikasi diakibatkan oleh pencemaran air dan ada daripada kesan itu berada di tahap yang membimbangkan.

"Justeru saya tekankan kepentingan penguatkuasaan berdasarkan peraturan dan undang-undang di samping keperluan pemantapan tatakelola serta pengaplikasian teknologi terkini dalam usaha memantapkan kualiti pengurusan air sungai di seluruh negara," katanya yang mempengerusikan mesyuarat itu di Putrajaya petang semalam.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI juga akan terus memberi fokus bagi mengurangkan bekalan air tidak berhasil yang masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Anwar berkata ini penting dalam usaha mengurangkan pembaziran dan memastikan kemampanan sumber air negara.

Mesyuarat Majlis Air Negara adalah platform bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meneliti serta membincangkan pengurusan sumber air negara. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

2

Semasa 5 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

3

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PDRM, SUHAKAM Buat Kajian Atasi Masalah Kematian Tahanan Dalam Lokap - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 4 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 14 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok