web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PDRM, SUHAKAM Buat Kajian Atasi Masalah Kematian Tahanan Dalam Lokap - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2024 6:38PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan membuat siasatan dan kajian mengenai isu kecederaan dan kematian tahanan di dalam lokap semasa proses siasatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prosedur dan perlindungan yang bersesuaian perlu diwujudkan bagi mengelakkan kejadian kecederaan dan kematian tahanan dalam lokap berulang.

Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah menyatakan keterbukaan PDRM untuk bekerjasama dengan SUHAKAM berhubung perkara itu.

"Yang menyiasat itu polis, yang menjatuhkan hukuman itu hakim. Sebelum dijatuhkan hukum, mereka (suspek) jangan dihukum terlebih dahulu," katanya semasa berucap pada sambutan Hari SUHAKAM ke-25, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi SUHAKAM Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.

Mengimbau pengalamannya dipukul semasa dalam tahanan polis pada tahun 1998, Anwar berkata Mohd Hishamudin merupakan antara individu yang tampil mempertahankannya.

"Kalau orang bicara tentang ada kebimbangan tentang penderaan dan kematian dalam lokap, tak perlu yakinkan saya, kerana saya tahu apa yang dirasakan, dan kita rasa bagaikan tidak terdaya lagi apabila diserang hingga hampir mati semasa dalam tahanan," katanya.

Anwar turut menyatakan kesediaannya untuk menyertai lawatan SUHAKAM ke lokap polis kerana beliau percaya terdapat keperluan untuk segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Kita perlu menyokong semua usaha wajar bagi melindungi suspek atau tahanan di lokap dan saya merasa gembira untuk menyatakan di sini bahawa Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara menyokong idea ini.

"Bagaimanapun kebimbangan saya, dan juga kebimbangan mereka ialah - tidak semua kecederaan atau kematian di lokap disebabkan penyalahgundan kuasa oleh pihak polis, itu sebabnya mengapa kita perlukan perlindungan dan prosedur yang teratur," katanya.

Beliau berkata sebelum ini pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi memastikan hak tahanan terpelihara, termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan hukuman mati mandatori, walaupun ia menimbulkan sedikit sebanyak kegusaran dalam masyarakat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 5 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS