web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


MA63: 9 Tuntutan Asas Selesai Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:18AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, antara perkara yang telah selesai sepenuhnya melibatkan penyerahan semula kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Sabah; pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan serta pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Turut selesai sepenuhnya adalah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182); dan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 bagi melantik wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN.

"Selain itu adalah penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah; pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak; penyediaan garis panduan penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak serta penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Sabah," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, memberikan jawapan bertulis itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang ingin tahu status terkini pelaksanaan hak Sabah seperti yang termaktub dalam MA63, termasuk penstrukturan semula Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63).

Beliau berkata, satu tuntutan asas melibatkan kajian semula pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D (RM300 juta) telah selesai sebahagian atau interim, manakala tiga tuntutan mempunyai keputusan dasar iaitu membabitkan pemberian kuasa mengenai alam sekitar, tenaga buruh di Sabah dan Sarawak serta kuasa mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman (Pindaan Perlembagaan Persekutuan).

Sementara, 14 tuntutan antaranya isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750], hak negeri ke atas pelantar benua serta pertambahan perjawatan perkhidmatan awam Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan masih dalam perbincangan.

Menurut Fadillah, tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara atau tuntutan asas MA63 adalah tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan kerana isu yang dibincangkan melibatkan perundangan yang kompleks dan memerlukan penelitian terperinci daripada pelbagai aspek.

Selain itu, katanya, tahap kesediaan Kerajaan Sabah dan Sarawak dari sudut operasi, sumber manusia dan kewangan juga adalah aspek yang perlu diambil kira sebelum suatu perkara atau tuntutan asas MA63 dapat diselesaikan.

"Perkara atau tuntutan asas MA63 yang belum diselesaikan akan dipantau dan disusuli oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Sekretariat kepada Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPΜΑ63.

"BHESS berperanan memantau pelaksanaan dan menyelaras tindakan berhubung sesuatu isu atau keputusan sama ada di peringkat kementerian/agensi Persekutuan, mahupun di peringkat agensi Kerajaan Sabah dan Sarawak," katanya.

Mengenai penstrukturan semula JKMTPMA63, Fadillah berkata, ia akan dilaksanakan selaras dengan rombakan Kabinet pada 12 Disember 2023 dan hanya akan melibatkan perubahan keahlian di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, cadangan penstrukturan semula Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 tidak akan memberi kesan terhadap perbincangan sedia ada termasuk di peringkat kementerian dan agensi bagi memastikan perkara dan tuntutan asas MA63 yang masih belum dilaksanakan dapat dimuktamadkan mengikut pelan dan garis masa yang direncanakan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN