web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2024 6:24PM

Menteri Belia dan Sukan Sabah Ellron Angin. – Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai cadangan penganjuran bersama Sukan SEA 2027. 

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata beliau bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh secepat mungkin bagi membincangkan dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara berkenaan. 

"Hasil perbincangan dan maklumat terperinci yang diperoleh nanti akan kita bawa dan bentangkan kepada Jemaah Menteri (kerajaan Sabah) untuk pertimbangan selanjutnya. 

"la (cadangan penganjur bersama) memerlukan persetujuan Jemaah Menteri dan kami (Jemaah Menteri) bersetuju untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata kerajaan Sabah menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 dan sedia bekerjasama bagi memastikan penganjuran temasya itu berjalan lancar.

Semalam, Hannah berkata persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama temasya dwitahunan itu. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91